How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2026

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated  2026 Register as a GrabCar driver and start earning with your car today. New applicants can now register Grab Driver online throughout Malaysia without needing to visit any Grab GDC or Grab Kiosk. With the current online verification and Skip-The-Line process, applicants may submit their registration directly through the form below and registration admins will assist throughout the entire process. Applicants with existing PSV License (Teksi/e-Hailing) and e-Hailing panel insurance may receive account activation within approximately 5 working days. PSV License Requirement Under regulations by the Ministry of Transport Malaysia (MOT), all Grab drivers are required to possess a valid PSV License. For new applicants without PSV License, registration admins will provide guidance on: PSV course Medical checkup PUSPAKOM EVP application process in the fastest possible timeline. Grab Subsidy & Reimbursement All new applicants may clai...

Daftar Grab Driver Dan Lesen PSV Secara Percuma | GrabCar Driver MY (2026)

daftar grab driver di Malaysia
Daftar Grab Driver Dan Lesen PSV Secara Percuma | GrabCar Driver MY (2026)  

Daftar sebagai Grab Driver dan dapatkan Lesen PSV secara PERCUMA hari ini. Jana pendapatan dengan kereta anda bersama Grab.

Pemohon baharu kini boleh daftar Grab Driver secara online di Malaysia tanpa perlu hadir ke Grab GDC atau Grab Hub. Akaun akan diaktifkan dalam tempoh sekitar 5 hari bekerja bagi pemohon yang telah memiliki Lesen PSV (Teksi/e-Hailing) serta insurans kenderaan di bawah panel e-Hailing.

Atas arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semua pemohon Grab Driver WAJIB memiliki Lesen PSV (Teksi/e-Hailing/Kereta Sewa) untuk bertugas di Malaysia.

Bagi pemohon yang belum memiliki Lesen PSV, anda boleh daftar melalui pautan di bawah. Admin pendaftaran akan menghantar panduan kursus PSV dan maklumat subsidi yang tersedia.

Sementara slot masih ada.


Negeri Yang Masih Menerima Pemandu GrabCar Baharu

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Johor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Kedah
  • Kuala Terengganu
  • Kelantan
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Pahang
  • Perlis

Maklumat Penting

  • Pendaftaran Grab Driver adalah PERCUMA
  • TIADA bayaran agen atau servis diperlukan
  • Pihak admin TIDAK akan menerima sebarang pembayaran daripada pemohon baharu

Semua pemohon GrabCar baharu layak menerima tuntutan subsidi sehingga RM400 melibatkan:

  • Kursus PSV
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pemeriksaan PUSPAKOM
  • JPJ
  • EVP

Tertakluk kepada terma dan syarat Grab.

Admin pendaftaran juga akan membantu urusan:

  • Lesen PSV
  • PUSPAKOM
  • EVP (E-Hailing Vehicle Permit)
  • Permohonan APAD

Borang Pendaftaran Grab Driver

Daftar Grab Driver Malaysia


Syarat-Syarat Pendaftaran Grab Driver

  • Kereta tahun 2012 dan ke atas
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Pemilik MyKad Biru sahaja (MyPR tidak diterima)
  • Lesen memandu D/DA (Lesen P tidak layak)
  • Telefon Android atau iPhone

Dokumen Diperlukan Untuk Pendaftaran

1. Gambar Profil

Gambar ini digunakan untuk Face Verification di aplikasi Grab Driver.

Untuk mengelakkan masalah penumpang tidak dapat mengenal pasti pemandu:

  • TIDAK dibenarkan memakai topi
  • TIDAK dibenarkan memakai songkok
  • TIDAK dibenarkan memakai cermin mata hitam

2. Kad Pengenalan Asal (Depan)

  • Ambil gambar MyKad menggunakan kamera telefon
  • Scan atau photostat TIDAK diterima
  • Pastikan tiada pantulan cahaya pada kad

3. Gambar Covernote Insurans Kereta

Pastikan:

  • Nama anda tertera pada covernote ATAU
  • Polisi “All Driver / Any Authorised Driver”

Covernote mesti memaparkan:

  • Nombor chassis
  • Nombor enjin
  • Harga polisi
  • Tarikh tamat tempoh

4. Geran JPJ Kereta

Geran JPJ asal atau salinan scan diperlukan.


Online Document Verification

Semua pemohon baharu yang pernah mendaftar melalui laman web Grab atau aplikasi Grab Driver tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Grab boleh membuat semakan semula melalui link di bawah:

Semakan Semula Pendaftaran Grab Driver

daftar grab driver malaysia

Langkah-Langkah Pendaftaran Grab Driver

Semak syarat-syarat pemandu seperti yang dinyatakan di atas. Perkhidmatan GrabCar adalah di bawah kategori pengangkutan awam, oleh itu kenderaan wajib mempunyai 4 pintu.

Mengikut syarat semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, hanya kenderaan buatan tahun 2014 dan ke atas diterima untuk perkhidmatan e-Hailing.

Langkah 1

Sediakan empat (4) dokumen asas yang dinyatakan di atas.

Langkah 2

Daftar melalui borang pendaftaran Grab Driver dan rujuk langkah seterusnya yang dihantar oleh admin pendaftaran.

Modul online training Grab Driver akan dihantar melalui SMS atau email.

Langkah 3

Setiap pemohon GrabCar baharu akan dibimbing oleh admin pendaftaran melalui SMS atau WhatsApp bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan tepat dan lancar.

Admin pendaftaran akan membalas dalam tempoh sekitar 24 jam waktu bekerja (Isnin – Jumaat) supaya pemohon tidak perlu menghadapi kesulitan semasa proses pendaftaran.

Admin juga akan membantu sehingga akaun Grab Driver berjaya diaktifkan.

Langkah 4

Selepas semua langkah yang diberikan oleh admin selesai dilengkapkan, pemohon hanya perlu menunggu SMS Approval dan Activation daripada pihak Grab.


Langkah-Langkah Pendaftaran GrabFood Rider (Motosikal)

Bagi pemohon yang ingin mendaftar sebagai GrabFood Rider di kawasan:

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Putrajaya
Sila rujuk link di bawah untuk maklumat lanjut:

Daftar GrabFood Rider Malaysia

Register GrabFood Rider Malaysia


Soalan Lazim (FAQ)

1) APAKAH KOS UNTUK MENJADI SEORANG GRAB DRIVER DI MALAYSIA?

Pendaftaran Grab Driver adalah PERCUMA (tanpa bayaran agen atau servis).

Pemohon baharu hanya perlu membuat bayaran untuk:

  • Lesen PSV
  • Insurans e-Hailing
  • Pemeriksaan PUSPAKOM e-Hailing (kenderaan 3 tahun ke atas)

Anggaran Kos:

  • Lesen PSV: RM80–RM200
  • Insurans e-Hailing: RM3–RM5 sehari / RM500–RM1000 setahun
  • Pemeriksaan PUSPAKOM: RM75 kali pertama / RM55 renew tahunan
  • EVP (E-Hailing Vehicle Permit): RM115 — ditanggung oleh Grab

Daftar melalui borang di atas dan admin akan membantu menyemak status permohonan anda.

[KEMPEN LESEN PSV PERCUMA]

Semua pemohon kali pertama layak mendaftar kursus PSV secara percuma bersama Grab.

Daftar Grab Driver Malaysia


2) APAKAH ITU “PSV BERSAMA GRAB”?

PSV Bersama Grab ialah kursus PSV di Grab GDC.

  • RM80 termasuk kursus 6 jam, makan tengah hari dan ujian PSV
  • Hanya tersedia di KL & Selangor
  • Grab akan membuat reimbursement selepas akaun aktif

Ini bermaksud kursus PSV bersama Grab boleh menjadi PERCUMA selepas tuntutan dibuat.


3) KEPADA SIAPAKAH PATUT SAYA MEMBUAT BAYARAN?

Semua bayaran rasmi berkaitan Grab Driver hanya disalurkan kepada akaun syarikat rasmi seperti:

  • GrabCar Sdn Bhd
  • PUSPAKOM
  • Syarikat insurans

Admin pendaftaran TIDAK akan meminta bayaran ke akaun individu.


4) TEBUSAN / SUBSIDI DARI GRAB

Pemohon layak menerima subsidi selepas akaun berjaya diaktifkan.

Ringkasan Subsidi:

  • Kursus PSV Institut Memandu = RM100
  • Kursus PSV Bersama Grab = RM80
  • Pemeriksaan PUSPAKOM = RM70
  • Pemeriksaan Kesihatan JPJ = RM80
  • Kad PSV = RM20
  • EVP = RM135

5) SYARAT KENDERAAN GRABCAR

Rujuk syarat dan senarai kenderaan GrabCar di bawah:

Syarat Kenderaan Grab Malaysia


6) BERAPAKAH KOMISEN YANG DIAMBIL GRAB?

Grab akan mengambil sekitar 20% daripada tambang perjalanan.


7) FLEKSIBILITI PEMANDU

Grab beroperasi 24 jam sehari.

Pemandu boleh online dan memandu mengikut masa sendiri. Oleh itu Grab Driver merupakan antara kerja sambilan paling popular di Malaysia.


8) ADAKAH INSURANS KERETA SAYA MEMPUNYAI PERLINDUNGAN E-HAILING?

Kebanyakan syarikat insurans di Malaysia menyediakan perlindungan e-Hailing kecuali beberapa syarikat tertentu.

Sila rujuk admin pendaftaran untuk pengesahan lanjut.


9) POTENSI PENDAPATAN GRAB DRIVER

Secara purata, Grab Driver boleh menjana sekitar RM20–RM40 sejam bergantung kepada:

  • Kawasan
  • Waktu online
  • Permintaan semasa

10) BOLEHKAH SAYA DAFTAR DENGAN KERETA BUKAN MILIK SENDIRI?

BOLEH.

Contohnya:

  • Kereta isteri
  • Kereta ibu bapa
  • Kereta ahli keluarga

Syarat:

  • Nama pemandu ada dalam covernote insurans
    ATAU
  • Polisi ALL DRIVER / AUTHORISED DRIVER / ANY AUTHORISED DRIVER

11) BOLEHKAH SAYA DAFTAR GRABFOOD CAR?

TIDAK BOLEH.

Semua servis menggunakan kereta termasuk:

  • GrabFood
  • GrabExpress
  • GrabCar

akan diproses di bawah kategori GrabCar Driver dan WAJIB mempunyai Lesen PSV yang sah.


12) SAYA SEORANG ANGGOTA TENTERA. BOLEHKAH MENDAFTAR?

BOLEH.

Pemohon perlu mendapatkan kebenaran pihak atasan masing-masing sebelum memohon Lesen PSV.


13) SAYA PERNAH PANDU UNTUK GRAB SEBELUM INI

Sekiranya anda pernah menjadi:

  • GrabCar Driver
  • GrabFood Rider
  • GrabBike
  • GrabExpress
  • GrabTaxi

Anda TIDAK perlu daftar semula sebagai pemohon baharu.

Hubungi Grab Support:
1300-80-6688


14) DI MANAKAH SAYA BOLEH DAFTAR GRABFOOD RIDER?

Untuk GrabFood Rider kawasan KL & Selangor:

Daftar GrabFood Rider Malaysia

Sekian, terima kasih.

GrabCar Driver Acquisition



Comments

  1. JAMES CHUNG KH8/7/20 4:11 am

    Heard about Grab Driver from a friend. After numerous trips dropping by to Grab GDC, decided to drop a message to mr. alex. After some guidelines and instruction sent by him.

    Managed to get my account activated without returning to GDC.

    Thanks again!

    ReplyDelete
  2. Mohd Fazrul Naim Bin Mohd Fazlan Nasron16/7/20 4:04 am

    pendaftaran melalui sini lebih mudah berbanding dgn buat sendiri di app driver. tkasih admin beri panduan.

    ReplyDelete
  3. nak buat partime boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Grab boleh dipandu secara Part Time & Full Time.

      Delete
  4. perodua axia boleh buat grab ke?

    ReplyDelete
  5. 4x4 boleh buat grab ke?

    ReplyDelete
  6. Kalau sekarang nak buat legend psv agak ambil masa berapa lama baru boleh perlis ambil test?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bergantung pada jadual kursus PSV institut memandu.

      Delete
  7. Kalau untuk part time, memang wajib ikut jadual ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekerjaan GrabCar driver adalah fleksible.

      Delete
  8. Kereta produa ativa boleh buat grab car ke

    ReplyDelete

Post a Comment