How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Daftar Grab Driver Dan Lesen PSV Secara Percuma | GrabCar Driver MY (2024)

Daftar Grab Driver Dan Lesen PSV Secara Percuma | GrabCar Driver MY (2024)  


Daftar sebagai Grab Driver dan Lesen PSV secara percuma hari ini. Jana pendapatan dengan kereta anda bersama Grab. Pemohon baru boleh daftar Grab Driver secara online di Malaysia tanpa perlu hadir ke Grab GDC/Grab Hub. Akaun akan diaktifkan dalam tempoh 5-hari bekerja untuk pemohon yang memiliki Lesen PSV(Teksi/Ehailing) dan insurans kereta di bawah panel e-hailing.

Atas arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semua pemohon Grab Driver WAJIB memiliki Lesen PSV (Teksi/E-Hailing/Kereta Sewa) untuk bertugas di Malaysia. Pemohon yang belum memiliki Lesen PSV boleh daftar pada pautan di bawah. Admin pendaftaran akan hantar panduan kursus Lesen PSV dan senarai subsidi. Dapatkan Lesen PSV bersama Grab secara PERCUMA. *Sementara slot masih ada. 

Rujuk langkah di bawah untuk cara daftar Grab Driver dan admin akan uruskan pendaftaran Grab dan permohonan EVP(E-Hailing Vehicle Permit) anda.
daftar grab driver di Malaysia

Berikut adalah negeri-negeri yang masih menerima pemandu GrabCar baru.
  1. Kuala Lumpur
  2. Selangor
  3. Johor
  4. Negeri Sembilan 
  5. Melaka
  6. Kedah
  7. Kuala Terengganu
  8. Kelantan
  9. Pulau Pinang
  10. Perak
  11. Pahang
  12. Perlis
Pendaftaran Grab Driver adalah PERCUMA (TANPA bayaran agen/servis), pihak admin TIDAK akan menerima sebarang pembayaran dari pemohon baru yang mendaftar. 


Semua pemohon GrabCar baru layak menerima tebusan sebanyak RM400 (Kos kursus PSV, Pemeriksaan Kesihatan, Puspakom, JPJ dan EVP).  *Tertakluk pada terma dan syarat.

Admin pendaftaran juga akan membimbing anda atas urusan Lesen PSV, Puspakom, E-Hailing Vehicle Permit (EVP) dengan APAD selepas permohonan Grab Driver anda diterima melalui borang di bawah.

Borang Pendaftaran Grab Driver:

https://bit.ly/register-grabcar

https://daftar.grabdrivermy.com


Syarat-Syarat Pendaftaran
 Grab Driver
:

  1. Memiliki kereta tahun 2011 dan ke atas.
  2. Warganegara Malaysia berumur 21-tahun ke atas.
  3. Pemilik MyKad Biru sahaja (MyPR tidak diterima)
  4. Lesen Memandu D/DA (Lesen P tidak layak)
  5. Telefon Bimbit Android atau IOS

Dokumen diperlukan Untuk Pendaftaran Grab Driver
Sila rujuk contoh gambar di dalam Borang Pendaftaran Grab Driver untuk cara mengambil gambar dokumen dengan tepat.
  1. Gambar Profile 
    • Gambar ini akan digunakan untuk FACE VERIFICATION di dalam aplikasi Grab Driver. Untuk mengelakkan isu penumpang tak dapat kenalpasti pemandu. Pemohon TIDAK boleh memakai topi/songkok/cermin mata hitam dalam gambar profil.
  2. Kad Pengenalan Asal (Depan)
    • Ambil gambar kad pengenalan MyKad dengan Camera HP. Scan/Photostate TIDAK diterima. Pastikan tiada pantulan di atas butiran Kad Pengenalan.
  3. Gambar Covernote Insurans kereta
    • Ambil gambar covernote insurans kereta terkini.
    • Pastikan nama anda ada di dalam insurance covernote atau All Driver/Any Authorised Driver.
    • Covernote yang diperlukan adalah muka surat yang ada butiran kereta seperti chassis number, engine number, harga polisi, tarikh luput.
  4. Geran JPJ Kereta.
    • Geran JPJ asal/scanned diperlukan.

Online Document Verification (Pengesahan Dokumen Secara Online)

Semua pemohon baru yang telah daftar Grab Driver kali-pertama melalui laman web Grab atau aplikasi Grab Driver tetapi masih BELUM menerima balasan dari Pihak Grab. Daftar semula dengan link https://grabcar-my.com/ untuk semakan semula.

daftar grab driver malaysia

Langkah-Langkah Pendaftaran Grab Driver

  1. Semak syarat-syarat pemandu di atas. Pemanduan Grab adalah di bawah perkhidmatan pengangkutan. Oleh itu, kereta wajib mempunyai 4-pintu. Atas syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, hanya kereta buatan tahun 2014 ke atas diterima untuk perkhidmatan e-hailing.

  2. Dapatkan empat (4) dokumen asas yang tertera di atas.

  3. Daftar melalui borang pendaftaran Grab Driver di atas and rujuk langkah seterusnya yang dihantar oleh admin pendaftaran. Modul Grab Driver online training yang sempurna akan dihantar ke SMS/Email.

  4. Setiap pemohon GrabCar baru akan dibimbing oleh admin pendaftaran melalui SMS/WhatsApp. Ini untuk memastikan urusan pendaftaran pemohon adalah tepat pada setiap masa. Admin pendaftaran akan balas dalam masa 24-jam (Isnin - Jumaat) supaya pemohon baru tidak perlu menghadapi pelbagai kesulitan dalam proses pendaftaran Grab. Admin pendaftaran anda akan membimbing anda sehingga akaun berjaya diaktifkan.

  5. Selepas pemohon selesai melengkapkan langkah-langkah yang dihantar admin pendaftaran. Pemohon hanya perlu tunggu SMS Approval dan Activation.

Langkah-Langkah Pendaftaran GrabFood Rider dengan motosikal

Untuk pemohon yang berhasrat untuk mendaftar sebagai GrabFood rider di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Nilai. Sila layari link di bawah untuk maklumat lanjut



    Soalan Lazim (FAQ)

    1) APAKAH KOS UNTUK MENJADI SEORANG GRAB DRIVER DI MALAYSIA?
    Pertama sekali, pendaftaran Grab Driver adalah percuma(tanpa bayara agen/service). Pemohon baru hanya perlu bayar untuk permohonan Lesen PSV, insuran E-Hailing, pemerikasaan E-hailing Puspakom (Kereta 3-tahun dan ke atas). Disebabkan harga Lesen PSV berbeza antara institute memandu. Di bawah adalah anggaran kos:
    1. Lesen PSV: RM80-RM200(Harga maksimum yang ditetapkan oleh JPJ)
    2. Insuran E-Hailing: RM3-5/hari ; RM500-RM1000/tahun(Bergantung antara syarikat insuran)
    3. Pemeriksaan Puspakom: RM75 untuk kali pertama. RM55 untuk tahun yang seterusnya.
    4. Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit) : Kos bernilai RM115 ini ditanggung oleh Pihak Grab.  
    Daftar dengan borang di atas. Admin akan menyemak dan kemaskini status pendaftaran Grab Driver anda.

    [KEMPEN LESEN PSV PERCUMA 2024] 
    Semua pemohon kali pertama LAYAK mendaftar Kursus PSV secara percuma bersama Grab. Layari: https://grabcar-my.com

    2) APAKAH ITU "PSV BERSAMA GRAB"?
    PSV Bersama Grab adalah kursus PSV di Grab GDC. Harganya RM80 termasuk kursus 6-jam, makan tengahari dan ujian PSV. Kursus ini hanya ada di kawasan KL SELANGOR sahaja. Grab akan bayar balik RM80 selepas akaun berjaya diaktifkan. Ini bermaksud PSV Bersama Grab adalah PERCUMA.

    3) KEPADA SIAPAKAH PATUT SAYA MEMBUAT BAYARAN?
    Maklum, semua bayaran berkenaan dengan pendaftaran Grab Driver hanya akan disalurkan kepada account syarikat. Contohnya, GrabCar Sdn Bhd untuk PSV Bersama Grab. Admin pendaftaran TIDAK AKAN minta bayaran dari pemandu baru ke account individu. Pemandu hanya perlu berurus dengan account syarikat tertentu seperti, GrabCar Malaysia, Puspakom dan syarikat insuran. 

    4) TEBUSAN/SUBSIDI DARI GRAB
    Pemohon yang mendaftar kursus PSV di institut memandu di seluruh Malaysia layak mendapat tebusan RM100. Manakala pemohon yang mengambil kursus PSV bersama Grab layak tebus RM80. Tebusan dari Grab hanya akan diproses selepas akaun berjaya diaktifkan.

    Pemohon yang memiliki kenderaan berusia 2.5 tahun dan ke atas juga layak menerima RM70 untuk pemeriksaan E-Hailing pertama di Puspakom.

    Ringkasan Tebusan:
    Kursus PSV = RM100 di Institut Memandu ; RM80 di Grab
    Pemeriksaan Puspakom = RM70 (Semua pemandu)
    Pemeriksaan Kesihatan JPJ = RM80
    Kad PSV = RM20
    EVP (E-Hailing Vehicle Permit) = RM135 (Semua pemandu)

    5) SYARAT KENDERAAN GRABCAR
    Terdapat pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi Grab untuk keperluan setiap penumpang. Setiap perkhidmatan mempunyai tambang dan syarat-syarat; contohnya jenis kereta, prestasi pemandu dan sebagainya. Rujuk link di bawah untuk senarai kereta.

    https://grabcar-my.com/syarat-kenderaan-grab/

    6) BERAPAKAH KOMISEN YANG AKAN DIAMBIL GRAB?
    Grab akan mengambil 20% dari tambang.

    7) FLEKSIBILITI PEMANDU
    Grab beroperasi 24-jam setiap hari. Pemandu hanya perlu online aplikasi Grab Driver dan memandu pada bila-bila masa mengikuti jadual masing-masing. Oleh itu Grab Driver adalah pekerjaan sambilan (Part-Time) yang paling popular sejak 2015.

    Sila rujuk pada admin pendaftaran untuk maklumat lanjut.

    8) ADAKAH SYARIKAT INSURAN KERETA SAYA MEMPUNYAI PERLINDUNGAN E-HAILING?
    Kebanyakan syarikat insuran kereta di Malaysia adalah di bawah panel E-Hailing KECUALI Takaful Malaysia, Tune Protect, AIG, Pacific&Orient dan RHB Insurance. Sila rujuk kepada admin pendaftaran anda untuk maklumat lanjut.

    9) POTENSI PENDAPATAN GRAB DRIVER
    Secara purata, GrabCar Driver boleh menjana anggaran RM20-40 sejam bergantung pada permintaan semasa.

    Jumlah pendapatan bulanan adalah terpulang kepada jam keseluruhan seorang pemandu online.

    10) BOLEHKAH SAYA DAFTAR DENGAN KERETA BUKAN MILIK SAYA?
    Boleh, pemandu yang berdaftar boleh memandu GrabCar dengan kereta bukan hak milik (Contohnya kereta isteri, ibubapa dan sebagainya)

    Syarat-syarat:
    • Nama pemandu berdaftar ditulis di dalam covernote insuran kereta tersebut 
    • Insuran Kereta tersebut dibawah perlindungan ALL DRIVER/AUTHORISED DRIVER/ANY AUTHORISED DRIVER
    WhatsApp admin untuk pendaftaran.

    11) BOLEHKAH SAYA DAFTAR GRABFOOD CAR?
    TIDAK BOLEH. Semua perkhidmatan (GrabFood, GrabCar, GrabExpress) menggunakan kereta adalah di bawah kategori GrabCar. Oleh itu, permohonan akan diuruskan sebagai GrabCar driver. Ini bermakna semua pemohon untuk GrabCar WAJIB memiliki Lesen PSV (Teksi/E-Hailing/Kereta Sewa) yang sah.

    12) Saya seorang Askar (TDM, TLDM, TUDM). Bolehkah saya mendaftar sebagai Grab Driver?
    BOLEH. Pemohon perlu rujuk pada pihak atasan masing-masing untuk mendapatkan kebenaran. Pihak JPJ hanya meluluskan permohonan Lesen PSV dari anggota tentera yang telah menerima kebenaran dari pihak atasan..

    13) SAYA PERNAH PANDU UNTUK GRAB/GRAB FOOD/GRAB BIKE/GRAB EXPRESS/GRAB TAXI
    Sekiranya anda pernah bertugas untuk GrabCar/Grab Bike/Grab Food/Grab Express/ Grab Taxi.

    Anda TIDAK PERLU daftar semula sebagai pemohon baru. Isi borang reboarding akaun: Borang Reboarding dan hubungi Support 1300-80-6688 untuk status status pengaktifan akaun anda. Pihak Grab akan hantar SMS dan Emel untuk langkah seterusnya.

    14) DI MANAKAH SAYA BOLEH DAFTAR GRABFOOD RIDER DENGAN MOTOSIKAL SAYA? 
    Untuk Grabfood rider di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Rujuk post di bawah untuk maklumat lanjut.
    Register Grab Driver
    Register Grab Food
    Register Grab Express
    Register GrabCar Driver
    Daftar Pemandu Grab
    Daftar Grab Driver
    Daftar Grab Food
    Daftar Grab Express
    Daftar GrabCar Driver
    Syarat Daftar Grab Driver
    How To Be A Grab Driver
    Sign Up Grab Driver
    GrabCar Requirement
    Syarat Kereta Grab

    ________________________________________________________________________
    Credits:
    1. https://www.grab.com/my/ms/driver/drive/
    2. https://grabcar-my.com
    3. https://grabdrivermalaysia.com/daftar-grab-driver-malaysia/

    Comments

    1. JAMES CHUNG KH8/7/20 4:11 am

      Heard about Grab Driver from a friend. After numerous trips dropping by to Grab GDC, decided to drop a message to mr. alex. After some guidelines and instruction sent by him.

      Managed to get my account activated without returning to GDC.

      Thanks again!

      ReplyDelete
    2. Mohd Fazrul Naim Bin Mohd Fazlan Nasron16/7/20 4:04 am

      pendaftaran melalui sini lebih mudah berbanding dgn buat sendiri di app driver. tkasih admin beri panduan.

      ReplyDelete
    3. nak buat partime boleh

      ReplyDelete
      Replies
      1. Boleh. Grab boleh dipandu secara Part Time & Full Time.

        Delete
    4. perodua axia boleh buat grab ke?

      ReplyDelete
    5. 4x4 boleh buat grab ke?

      ReplyDelete
    6. Kalau sekarang nak buat legend psv agak ambil masa berapa lama baru boleh perlis ambil test?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ini bergantung pada jadual kursus PSV institut memandu.

        Delete
    7. Kalau untuk part time, memang wajib ikut jadual ka?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Pekerjaan GrabCar driver adalah fleksible.

        Delete
    8. Kereta produa ativa boleh buat grab car ke

      ReplyDelete

    Post a Comment