How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Grab PSV : Cara Memohon PSV dan Puspakom Untuk Grab Dan E-Hailing Lain (Kemaskini 2024)

GRAB PSV V2 (KEMASKINI 2024)

Setelah beberapa posts yang kita update sejak beberapa bulan lepas dari Malaysia lama ke Malaysia baru, akhirnya Lesen Public Service Vehicle (PSV) telah diwajibkan secara rasmi oleh Pihak Grab.

[12hb JULAI 2019] Harap maklum, Kementerian Pengangkutan telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh luput untuk pemandu mendapat Lesen PSV sehingga 11hb Oktober 2019. Walaubagaimana pun, anda tidak patut TANGGUH lagi dan lengkapkan kursus PSV dan pemeriksaan kenderaan anda secepat mungkin.





Perkara yang boleh dijangkakan daripada peraturan E-hailing.
Semua rakan-pemandu Grab dikehendaki mematuhi peraturan e-hailing baru yang akan berkuatkuasa mulai 11hb OKTOBER 2019. Di sini anda boleh mendapati segala maklumat mengenai syarat kawal selia untuk rakan-pemandu e-hailing serta kos yang berkaitan. Kami faham bahawa proses ini agak mencabar, namun kita akan melaluinya bersama.

Syarat-syarat untuk menjadi rakan-pemandu E-Hailing (Kemaskini 2024)

grab psv

1. Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)
Rujuk post di bawah cara mengambil Kursus PSV.

2. Pemeriksaan Kesihatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan lesen PSV.
Purata RM50-RM80 

3. Pemeriksaan Kereta PUSPAKOM
Kenderaan e-hailing yang berusia lebih daripada 3 tahun mesti menjalani pemeriksaan awalan PUSPAKOM. Ia juga perlu menjalani pemeriksaan susulan setiap tahun.
RM75 (Boleh Claim dari Grab, check post di bawah)

4. Insurans E-hailing
Anda perlu menambah insurans e-hailing selain daripada polisi insurans motor persendirian sedia ada bagi memastikan anda sentiasa dilindungi ketika berada di jalan raya.
Purata RM100-400 setahun bergantung pada syarikat insuran.

Jumlah kos untuk semua langkah-langkah di atas: RM100-400 (Insuran E-hailing sahaja)

(termasuk kos EVP) selain itu akan ditanggung oleh Grab.

*EVP adalah E-Hailing Vehicle Permit. Maklumat lanjut tentang EVP di soalan lazim di bawah.

5 Langkah Untuk Pendaftaran Lesen PSV

Harap maklum bahawa langkah-langkah yang tertulis dibawa adalah berdasarkan maklumat yang tersedia ada buat masa kini dan tertakluk kepada perubahan. Kami akan mengemaskini soalan lazim dan memberi lebih penjelasan apabila kami memperoleh lebih maklumat.

LANGKAH 1: Print dan Isi Borang Medical JPJ
Muat turun dan isikan bahagian A-E borang pendaftaran JPJ L8A (kesihatan) di sini
http://bit.ly/grabmy_JPJL8A

Bawa borang ke klinik swasta berdekatan, jururawat atau admin klinik akan tunjuk anda cara isi borang tersebut. Simpan Borang Medical dengan baik jika anda nak ambil kursus PSV di institut memandu nanti. Kalau daftar kursus PSV di Institut Memandu, serahkan borang medical kepada kaunter institut memandu.

LANGKAH 2: Dapatkan Pemeriksaan Medical di Panel Klinik Berdekatan
Kunjungi klinik swasta berhampiran untuk melengkapkan seksyen F di dalam borang JPJL8A iaitu pemeriksaan kesihatan PSV. Pastikan anda hadir ke klinik swasta sahaja. Klinik dan hospital TIDAK akan layan pemeriksaan JPJ/Komersial. 

LANGKAH 3: Kursus PSV di Institut Memandu atau Grab GDC.
Selepas anda siap Medical Check dan PUSPAKOM(Jika Ada), submit resit di borang Pakej Pikul dan EVP di bawah.
Borang Permohonan Pakej Pikul & EVP Dari Grab

Mulai 1hb Oktober 2019. Semua pemandu WAJIB membuat kursus Lesen PSV melalui dua cara di bawah:

1) Institut Memandu Di Kawasan Anda (Harga dan alamat dalam link)
Kepada pmemandu yang ingin mengambil kursus PSV dengan Institut Memandu. Boleh rujuk lokasi dan senarai harga dalam link di bawah:
https://www.grab.com/my/beratsamadipikul-driving-school-subsidy-bm/

2) Kursus Lesen PSV di Grab GDC; Kawasan Kuala Lumpur & Selangor sahaja (PERCUMA)
Untuk permohonan kali pertama - Isi borang online di bawah:
https://daftar.grabdrivermy.com

Untuk Pemandu yang belum daftar/aktif. Anda perlu daftar dengan borang Pemandu GrabCar Driver di atas. Admin akan hantar langkah Kursus PSV untuk anda nanti.

[MAKLUM]
Elakkan pembayaran Kursus PSV secara online atau melalui WhatsApp. Jangan buat pembayaran sekiranya ada pihak yang menawarkan harga yang tidak logik seperti kelas online, promosi-promosi.
Untuk mengelakkan kes penipuan/sindiket Kursus PSV, pemandu baru disaran hanya mendaftar Kursus PSV melalui institut memandu yang berdaftar dengan JPJ. Rujuk admin pendaftaran anda untuk senarai institut memandu yang berdaftar.

Pembayaran online kursus PSV Bersama Grab HANYA akan disalurkan ke akaun syarikat "GrabCar Sdn Bhd". Harga PSV Bersama Grab selepas subsidi dari Pihak Grab adalah RM80 termasuk Ujian PSV.

Contoh apabila pemandu mendaftar PSV dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Status akan muncul di sistem seperti di bawah. Pihak JPJ akan masukkan nama pemandu ke senarai hitam.
grab psv

Borang Pendaftaran Grab Driver Untuk Android/IOS:
Check status nama anda dengan link di bawah/
grb.to/JPJBlacklist

Pemandu umur kurang dari 21-tahun atau blacklisted TIDAK layak mengambil LESEN PSV.


LANGKAH 4: Tambahkan Insurans E-Hailing
Rujuk pada agen insuran kereta anda dan tunggu maklumat lanjut akan datang.

Untuk Insuran Dari Panel Grab (Grab Daily E-Hailing Insurance)

ehailing insuran

  • Anda cuma membayar insuran bila anda online (Untuk Setiap 24-Jam)
  • Semua booking akan dilindungi oleh insuran ini
  • Anda boleh opt-in dalam App bermula bulan Julai 2019
  • Anda boleh memilih untuk mengambil insuran tahunan atau opt-in dengan Grab untuk insuran flexible
  • Insuran flexible ini harga bermula dari RM1-4/hari bergantung kepada syarikat insuran. Anda perlu ada insuran polisi dengan insuran panel Grab untuk layak.

Untuk maklumat lanjut cara opt-in tahunan/harian dan panel insuran. klik link di bawah:
https://www.grab.com/my/daily-insurance-bm/

Langkah 5: Memohon Grab EVP(E-Hailing Vehicle Permit) anda
Setelah anda telah lulus mendapat Lesen PSV dan Sijil Puspakom. Anda perlu hantar Kad PSV dan Sijil Puspakom dalam borang di bawah.

Borang Permohonan EVP Grab

Rujuk post untuk panduan EVP dan Pakej Pikul Grab
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/05/pakej-pikul-grab.html

SOALAN LAZIM

APA ITU PSV?
Rujuk post saya yang saya tulis sebelum ini
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/01/grab-psv.html

SAYA BARU DAPAT LESEN PSV TETAPI BELUM DAFTAR GRABCAR?
Kalau anda berjaya mendapat lesen PSV tetapi belum berdaftar dengan Grab. Isi dan submit borang pendaftaran Grab Driver di bawah. Admin akan uruskan pendaftaran anda secara online.

SAYA PART-TIME SAHAJA. ADAKAH SAYA PERLU MOHON PSV DAN PUSPAKOM JUGA?

Lesen PSV dan PUSPAKOM adalah wajib di sisi undang-undang walaupun you drive 3-jam SETAHUN. Sama seperti anda hanya pandu kereta Sabtu Ahad, hari biasa naik bas MRT. Sama juga anda perlu ada Lesen Memandu.

KENAPA GRAB MENYUSAHKAN PEMANDU UNTUK MENGAMBIL LESEN PSV?
PSV ini bukan ditetapkan oleh Grab. PSV ini adalah di bawah arahan Kementerian Pengangkutan, JPJ, SPAD, PUSPAKOM dan pihak berkuasa berkenaan. Selama 4 tahun Grab beroperasi di Malaysia, tidak pernah sekali pun Grab menggesa pemandu Grab mengambil lesen PSV.

Tetapi sejak isu-isu PRU dan penukaran kerajaan tahun 2018, kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk menekan pemandu-pemandu Grab di Malaysia padahal pemandu-pemandu Grab sedang mengalami desakan hidup masing-masing.
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/03/grab-mot-anthony-yb-loke-siew-fook.html

PEMERIKSAAN PUSPAKOM BERKALA EHAILING
HANYA untuk kereta yang berusia 2-tahun-6-bulan ke atas (Mengikuti Tarikh Pendaftaran dalam Grant JPJ).

Ketahui pusat PUSPAKOM berhampiran anda, di sini.
http://www.puspakom.com.my/branches/

Book Appointment PUSPAKOM anda melalui link di bawah supaya anda tidak perlu beratur lama sangat. (Walk in 2-4 jam, Book online 1-2 jam). 
Ikut langkah dan prosedur ditulis dalam link PUSPAKOM.
https://www.mypuspakom.com.my/

Panduan Mengisi Pendaftaran MyPuspakom(WAJIB BACA)
https://www.grab.com/my/blog/driver/panduan-pendaftaran-mypuspakom/

Alatan keselamatan diperlukan untuk Puspakom:
  1. Pemadam api (1kg) - Jenis Powder ABC (RM40-60)
  2. Peti kecemasan (Untuk kereta 8-Seater ke atas sahaja; Alza Exora TIDAK perlu)
  3. Tanda amaran segi tiga 
Semua benda di atas boleh dibeli di LAZADA, Mr.DIY, Ace Hardware, FIRE FIGHTER, SRI dll.

Kalau anda BUKAN pemilik kenderaan, anda boleh mengambil borang contoh di bawah dari pondok di PUSPAKOM. Isi dan hantar balik kepada pegawai bertugas.
http://www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2017/11/borang_pelepasan_tangunggan.pdf 

PERHATIANTips dari group pemandu admin, perkara yang sensitif.
1) Tinted gelap (Mengikuti spec yang diumumkan JPJ MAY2019)

2) Handbrake/Rear Brake - Tarik 3-klik, Gear letak D. Kalau kereta bergerak = GAGAL. 

Beritahu foreman anda untuk tujuan inspection PUSPAKOM dan service/setting handbrake ke 3-klik, bukan 1-klik (terlalu ketat). Kalau tukar brake pad baru, jangan rush ke PUSPAKOM, pastikan anda break-in pad tersebut. Drive sini-sana dan break in pad baru anda.

3) Absorber dan Tayar Pressure. Rendahkan tayar pressure anda ke 180-190kpa.

4) Alignment dan balancing. Anda dinasihatkan membuat aligment dan balancing 1 hari sebelum pemeriksaan PUSPAKOM untuk mendapatkan perfect result.

5) Hantar kereta disemak oleh mekanik yang uruskan teksi. Mereka lebih berpengalaman dalam melepasi ujian PUSPAKOM.


PEMERIKSAAN PUSPAKOM(PENTING!)
1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pemeriksaan Puspakom?
Anda perlu membawa salah satu dokumen berikut:
  • Kad Pendaftaran Kereta yang ORIGINAL (Grant Kereta) - Kalau tak ada/hilang, print di cawangan JPJ, harga RM50.
  • Salinan Kad Pendaftaran Kereta yang telah diperakui
  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan yang telah diperakui

2. Apakah kereta yang layak untuk dipandu sebagai kenderaan Grab selepas penguatkuasaan peraturan e-hailing baharu?
Semua kereta yang digunakan untuk e-hailing perlu mempunyai sekurang-kurangnya penilaian tiga bintang ASEAN NCAP atau setaraf dengannya. Setakat ini, semua kereta yang diterima dalam platform Grab memenuhi piawaian ASEAN NCAP.  (PERODUA AXIA DITERIMA sebab mempunyai 3 bintang ASEAN NCAP)

Walau bagaimanapun, trak pikap tidak dibenarkan menjadi kenderaan e-hailing kecuali di Sabah & Sarawak. (Sorry guys)

3. Adakah kereta hatchback (Perodua Axia, Perodua Myvi) layak?
Asalkan kereta itu mempunyai penilaian minimum tiga bintang ASEAN NCAP, ia adalah layak. (rujuk di atas)

4. Adakah setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM?
Tidak. Hanya kereta yang berusia 3 tahun ke atas mengikuti tarikh pendaftaran dalam Grant Kereta perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.

5. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk pemeriksaan kereta?
Yuran RM70+SST akan dikenakan untuk pemeriksaan kereta kali pertama. RM50+SST untuk kali kedua jika gagal. Setiap pemeriksaan tahunan berikutnya akan dikenakan RM50+SST.

6. Di manakah saya boleh membawa kereta saya untuk pemeriksaan?
Kunjungilah pusat PUSPAKOM berdekatan anda. Ketahui lokasinya di sini.
http://www.puspakom.com.my/branches/

7. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk pemeriksaan kereta?
Selepas pendaftaran, pemeriksaan mengambil masa satu jam (Book appointment online) atau walk-in mana-mana cawangan PUSPAKOM.
http://www.puspakom.com.my/faq/

8. Apakah sebenarnya yang diperiksa oleh PUSPAKOM?
Untuk kereta yang berusia lebih 3 tahun, PUSPAKOM akan membuat pemeriksaan berikut:

Semak pengenalan kenderaan
Luaran dan dalaman kenderaan
Pemeriksaan pendaratan
Pemeriksaan cermin gelap
Sila rujuk sini untuk senarai semakan yang lengkap.
http://www.puspakom.com.my/pemeriksaan-kenderaan-e-hailing/

9. Apakah peralatan yang perlu ada di dalam kereta saya?
Pemadam api (1kg)
Peti kecemasan (untuk kenderaan 8 tempat duduk) Admin guna Alza 7-seater tak perlu.
Tanda amaran segi tiga

10. Adakah saya dibenarkan untuk meletakkan sebarang iklan pada kereta saya?
Balut kereta dan iklan pada kereta adalah dibenarkan untuk kenderaan e-hailing yang berdaftar dan yang telah diluluskan sehingga notis selanjutnya daripada JPJ.


INSURAN E-HAILING
Kebanyakan syarikat insuran mempunyai insuran tambahan untuk e-hailing. Sila check dan pastikan syarikat insuran anda di bawah panel Grab.
https://www.grab.com/my/daily-insurance-bm/

1. Adakah saya perlu mendapatkan insurans e-hailing jika saya sudah mempunyai insurans motor persendirian?
Ya, anda perlu mendapatkan insurans e-hailing sebagai tambahan ke atas polisi insurans motor yang sedia ada.

2. Mengapakah saya perlu mendapatkan insurans tambahan e-hailing?
Insurans e-hailing adalah tambahan kepada insurans motor persendirian anda. Ia memberi perlindungan untuk tugasan e-hailing. Ini turut meliputi kehilangan atau kerosakan kenderaan, liabiliti untuk penumpang dan pihak ketiga, dan juga sebagai perlindungan kemalangan semasa anda sedang beroperasi sebagai pemandu e-hailing.

3. Bagaimana untuk mendapatkan insurans e-hailing?
Anda perlu merujuk kepada syarikat insurans yang digunakan untuk insurans motor persendirian anda. Kami akan mengumumkan syarikat insurans yang menawarkan insurans e-hailing dalam minggu akan datang.

4. Berapakah bayaran yang akan dikenakan?
Anggaran bayaran untuk insurans e-hailing adalah RM250-400 setahun.


PERMIT E-HAILING (GRAB EVP)
Ini masih tengah proses. Sementara ini tunggu sehingga maklumat lanjut diumumkan.

1. Saya baru menerima Lesen PSV. Apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk pandu dengan Grab?
Rakan-pemandu perlu mendapatkan Permit Kenderaan Elektronik (EVP – Electronic Vehicle Permit). Grab akan memohon daripada APAD untuk EVP bagi pihak rakan-pemandu kami. APAD akan mengendalikan semakan latar belakang sebelum mengeluarkan permit. Untuk pemandu baru, WhatsApp 60163168357 

2. Apakah itu  Permit Kenderaan Elektronik (EVP)
Pengendali E-hailing (EHO) perlu memohon untuk EVP untuk melantik rakan-pemandu ke dalam platform. Kos untuk setiap EVP adalah RM115. (KOS RM115 GRAB AKAN TANGGUNG UNTUK ANDA)

3. Adakah saya perlu memperolehi Lesen Kenderaan Motor (LKM)/ cukai jalan baharu?
Anda tidak perlu mendapatkan LKM, tetapi anda perlu menukar kod kenderaan kepada kod e-hailing persendirian (AH). Ini boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ tanpa sebarang kos. Anda perlu membawa JPJK8, borang pengemaskinian kenderaan dan pemilik (Pind.1/2016) dan borang JPJ -EH1 (borang deklarasi).

4. Jika saya ditahan ketika membawa penumpang, bagaimana untuk mengesahkan bahawa saya adalah rakan-pemandu e-hailing?
Pelekat e-hailing akan dikeluarkan kepada semua rakan-pemandu. Pelekat e-hailing mesti dipaparkan pada kenderaan setiap masa. 

RAKAN PEMANDU OKU - PSV Untuk OKU

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah meluluskan PSV untuk OKU dan syarat kelayakan permohonan lesen PSV akan dipinda untuk membenarkan pemandu OKU menjadi pemandu e-hailing.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-psv-untuk-pemandu-e-hailing-oku-1.917403


1. Adakah rakan-pemandu OKU layak untuk memohon PSV?
Walaupun Menteri Pengangkutan menyokong rakan-pemandu OKU untuk terus menjadi rakan-pemandu e-hailing, namun borang JPJ L8A sedia ada belum lagi dikemaskinikan. Walaupun begitu, kami akan terus bekerja dengan pihak berkuasa yang berkenaan agar rakan-pemandu OKU boleh terus memandu dengan kami.

LAIN-LAIN
1. Adakah saya perlu menukar status“GERAN KERETA” saya daripada kereta persendirian kepada “teksi e-hailing”?
Kementerian Pengangkutan mengumumkan pemandu tidak perlu tukar status kereta pada bulan MEI2019. Bulan OKT2019, JPJ menyatakan bahawa status kereta perlu ditukar di Cawangan JPJ tanpa bayaran. Sila tunggu pengumuman rasmi dari Grab melalui Grab Notification/Email/SMS.

2. Adakah saya perlu memakai pakaian seragam tertentu sebagai rakan-pemandu e-hailing?
Tidak, anda tidak perlu memakai pakaian seragam tertentu. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan di dalam panduan komuniti kami, sila teruskan untuk berpakaian kemas ketika memandu, contoh, seluar panjang, kemeja-T dan kasut.

3. Adakah saya perlu mendapatkan SOCSO?
WAJIB. Setiap pemandu perlu daftar untuk SOCSO. Rujuk pada laman web PERKESO untuk pendaftaran sebagain BEKERJA UNTUK SENDIRI.

CARA RENEW LESEN PSV UNTUK PEMANDU E-HAILING LAMA

Untuk renew Lesen PSV. Pemandu hanya perlu membuat pemeriksaan medical berdasarkan format JPJL8(2 pages) bukan JPJL8A (8 pages). JPJL8A adalah untuk pendaftaran baru.

Untuk pemandu E-Hailing lama. Download dan print borang di bawah.
https://bit.ly/grabmy_JPJL8

Klinik hanya caj pemeriksaan JPJL8 RM5-20 sahaja berbanding dengan JPJL8A yang berharga RM50-80 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


PENDAPAT DARI PEMANDU-PEMANDU GRABCAR LAMA.

Pada pendapat admin dan pemandu-pemandu lain, ini memang agak menyusahkan bagi pemandu part-timer terutamanya kelas 6-jam. Tapi kita hanya harus menganggap ia sebagai lesen memandu, ambil masa buat sekali sahaja. (Kursus 6-jam untuk seumur hidup)

Kos Permit E-Hailing (RM115) ditanggung Grab hanya jika anda pemandu Grab. Kepada syarikat E-hailing lain boleh rujuk kepada admin masing-masing.

Pemeriksaan Puspakom perlu berwaspada pastikan anda baca checklist di atas sebelum rempuh untuk buat pemeriksaan dan gagal (rugi RM70).

Sediakan peralatan wajib untuk pemeriksaan E-Hailing.

  1. Pemadam api (1kg) - Jenis ABC POWDER (RM40-60)
  2. Peti kecemasan (untuk kenderaan 8 tempat duduk);  Alza 7-seater TIDAK perlu peti kecemasan.
  3. Tanda amaran segi tiga 
Link Pemadam api SRI/FIGHFIGHTER di Lazada dan Shopee.
  1. Lazada - FireFighter 1kg ABC Powder for E-Hailing 

  2. SHOPEE - SRI 1kg ABC Powder Fire Extinguisher for E-Hailing


Mengikuti undang-undang MOT, Sekolah Memandu tidak boleh caj harga lebih dari RM200. Anda berhak mengambil resit dan membuat aduan kepada MOT.



Sila tampal pelekat ini pada cermin hadapan dan belakang kenderaan anda. Grab menyediakan 2 keping pelekat untuk setiap pemandu di Grab GDC di bandar anda (Stok terhad).

Kepada pemandu yang tidak ingin membazir masa mencari kiosk/GDC. Anda boleh beli di Lazada.

Daftar dengan borang di bawah untuk memulakan proses pendaftaran Grab dan Lesen PSV anda.

Borang Pendaftaran Grab Driver (Android/IOS):


Terima Kasih.

Comments

  1. Nk amik psv ni tkde syarat umur ke...mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur 21-Tahun Ke Atas mengikut Tarikh Lahir di Kad Pengenalan.

      Delete
  2. Prosedur kerajaan semua kena ikut, di sini saya sarankan agar kadar tol pun hendaklah diselaraskan sama dengan kereta sewa dan teksi, adakah ini dilaksanakan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur di atas adalah untuk E-Hailing. Bukan Teksi.

      Prosedur seorang pemandu teksi termasuk, warna kereta, spesifikasi enjin yang ditetapkan oleh Pihak APAD. Syarat pemakaian yang ditetapkan oleh JPJ iaitu baju kemeja putih dan berkolar, seluar panjang hitam.

      Secara ringkasnya. Syarat-syarat EHailing dan Teksi/Kereta Sewa adalah berbeza.

      Terima Kasih

      Delete
  3. Bagimana nak ambil lesen PSV melalui Grab

    ReplyDelete

Post a Comment