How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Cara Memohon Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit) Dan Subsidi Kos Grab PSV(JIMAT RM140!), PUSPAKOM Dan Medical Check-Up.

Grab EVP

Cara Memohon Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit) Dan Subsidi Kos PSV, PUSPAKOM Dan Medical Check-Up (Kemaskini JUL2020)

Berita terkini berkenaan dengan Grab PSV. Seperti diandaikan, kos keseluruhan PSV ini akan memerlukan anggaran RM800. Selepas beberapa perbincangan antara team admin dan pengurusan Grab. Grab bersetuju untuk menampung sebahagian kos ini untuk menolong rakan pemandu.

Secara ringkasnya, saya akan menerangkan semua di bawah dengan ringkas dan mudah difahami.

[12hb JULAI 2019] Harap maklum, Kementerian Pengangkutan telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh luput untuk pemandu mendapat Lesen PSV sehingga 11hb Oktober 2019. Walaubagaimana pun, anda tidak patut TANGGUH lagi dan lengkapkan kursus PSV dan pemeriksaan kenderaan anda. Submit dengan borang di bawah secepat mungkin untuk mendapatkan kredit percuma secara berperingkat dari RM100(Sebelum 30th September 2019). RM50 kredit extra kalau pemandu ambil PSV di Sekolah Memandu atau ambil ujian PSV dengan Sekolah Memandu Panel Grab (https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/09/grab-partner-driving-institute.html)

Apakah itu EVP?
Pengendali E-Hailing (EHO) perlu memohon untuk EVP (E-hailing Vehicle Permit) bagi rakan-pemandu ke dalam platform. Ini adalah langkah terakhir selepas siap Medical, PSV & Puspakom. Kos EVP adalah RM115. 

Siapakah yang akan bayar kos EVP?
Pihak Grab akan menanggung kos EVP yang berharga RM115 untuk pemandu baru.

Berapa anggaran Kos Medical, PSV & Puspakom?
1. Medical RM50-80 (Harga ditetapkan JPJ)
2. PSV training RM100-200 (Harga maksimum ditetapkan oleh JPJ adalah RM200)
3. Puspakom RM70+SST
Jumlah subsidi Grab: Kursus PSV(Institut Memandu) RM100, Kad PSV RM20, Puspakom RM70

Berkenaan dengan insuran E-Hailing, admin akan update kemudian dalam post ini. Pada masa kebanyakan syarikat insuran menawarkan harga insuran e-hailing tahunan antara RM250-400. Hanya dua (2) syarikat insuran yang tidak mempunyai perlindugan E-hailing iaitu TAKAFUL MALAYSIA dan TUNE PROTECT. 

Untuk Insuran E-Hailing harian, semak dengan syarikat insuran anda. Bukan semua syarikat menyediakan perlindungan E-hailing harian.

Anggaran kos keseluruhan untuk PSV, Puspakom(Jika Perlu) dan Insuran E-Hailing = RM100-400

BORANG PERMOHONAN GRAB EVP & PAKEJ PIKUL (Tamat)


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon GRAB EVP:
1. Geran Kereta 
2. Gambar Kad PSV (Depan)
3. Sijil Puspakom (Kereta 3 Tahun Ke Atas Sahaja)

Nota:
Kereta yang kurang dari 3-tahun(mengikuti tarikh pendaftaran JPJ) tidak perlu hantar Puspakom (dokumen 6 & 7).

Rumusan proses di bawah kepada pemandu-pemandu yang masih tidak pasti prosedur.
☑ Bukan blacklist JPJ / PDRM / APAD / Jenayah
☑ Medical (Borang JPJL8A)
☑ Kursus PSV 
☑ Puspakom
☑ e-hailing insuran (add-on)
☑ EVP

___________________________________

SOALAN LAZIM 
Saya pemandu GrabCar baru, saya mempunyai lesen PSV tetapi belum memohon EVP Grab?
Untuk pemandu daftar kali pertama, anda boleh daftar dengan borang pendaftaran Grab Driver di bawah. Admin akan menguruskan permohonan EVP anda secara online.

EVP Grab saya hampir luput. Apa perlu saya buat?
Pemandu tidak perlu buat apa-apa. EVP Grab akan diperbaharui oleh pihak Grab secara auto.

Siapa tanggung kos GRAB EVP?
Kos RM115 ini akan ditanggung oleh Grab, atau EHO (E-Hailing Operator) masing-masing.

Macam mana nak dapat EVP (E-Hailing Vehicle Permit)?
Selain dari claim dengan resit. Anda perlu submit (3) dokumen penting untuk mendapat EVP iaitu, GRANT KERETA, LESEN PSV, SIJIL PUSPAKOM(Kereta 3 tahun ke atas)

Adakah kereta saya perlu diperiksa PUSPAKOM?
Pemeriksaan PUSPAKOM adalah wajib jika kereta anda melebihi 3-tahun (mengikuti tarikh pendaftaran dalam GRANT)

Bila saya akan mendapat claim dari Grab?
Jika permohonan anda BERJAYA melalui borang di atas. Duit tebusan akan credit ke CASH WALLET anda dalam masa 10-14-Hari. Call 0327881300 sekiranya anda masih belum dapat claim di CASH WALLET.

Macam mana nak terminate EVP Grab saya? Sebab saya ingin berhenti memandu Grab.
Walk in ke Grab GDC. Beritahu frontdesk nak terminate account. Frontdesk akan proses dan beritahu anda untuk menjalani pemeriksaan E-hailing semula di Puspakom.

Selepas lulus pemeriksaan E-hailing, hadir ke cawangan JPJ untuk menukar status kenderaan dari E-hailing ke persendirian. Renew roadtax semula.
___________________________________

Share post ini kepada kawan anda yang anda rasa memerlukan bantuan ini.

Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Grab PSV. Rujuk post di bawah.



Terima Kasih Dan Selamat Berjaya!
Admin, GRAB EVP

___________________________________
Untuk Pendaftaran EVP Grab Driver Baru
Isi borang pendaftaran di bawah. Admin akan menyemak status anda.

Borang Pendaftaran Grab Driver (IOS/Android):
http://daftar.grabdrivermy.com

http://bit.ly/grabmyreg_klselangor

Website:
https://grabcar-my.com

App KL Selangor Driver Registration (Android Sahaja):
Download app KL Selangor Grab Driver Registration dgn link ini:
http://app.grabdrivermy.com

http://bit.ly/grabmyreg_appklselangor

Syarat-syarat untuk daftar Grab Driver:
  1. Memiliki kereta tahun 2011 ke atas
  2. Warganegara Malaysia berumur 21-tahun ke atas. 
  3. Pemilik MyKad Biru sahaja (MyTentera / MyPR tidak diterima)
  4. Lesen Memandu D/DA (Lesen P tidak layak)
  5. Handphone Android atau iPhone




Comments