How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Grab Puspakom : Pemeriksaan Berkala E-Hailing

GRAB PUSPAKOM: Pemeriksaan Berkala E-Hailing (Untuk Kereta 2-tahun-6-bulan dan ke atas)

Fakta Grab Puspakom
  1. Hanya kereta yang berusia 2 tahun 6 bulan dan ke atas mengikuti tarikh pendaftaran geran JPJ wajib buat pemeriksaan Puspakom E-Hailing

  2. Pemeriksaan E-Hailing hanya boleh dibuat SELEPAS account pemandu anda diaktifkan. Pegawai Puspakom memerlukan nombor EVP (E-Hailing Vehicle Permit di dalam aplikasi Grab Driver. 

  3. Kereta yang berusia kurang dari 2 tahun 6 bulan TIDAK PERLU melalui pemeriksaan E-Hailing Puspakom.

  4. Pemeriksaan Tukar Hak Milik adalah TIDAK SAMA dengan Pemeriksaan Berkala E-Hailing.

  5. Nombor EVP diperlukan untuk Pemeriksaan E-Hailing. Selepas account aktif, nombor EVP boleh dilihat di dalam Grab Driver App>Settings>Driver Profile

  6. Pihak Puspakom TIDAK akan menerima pemeriksaan E-Hailing sekiranya pemandu masih belum berdaftar dengan Grab. Rujuk admin pendaftaran anda atau post di bawah atas maklumat pendaftaran GrabCar.
    https://grabdrivermy.blogspot.com/2018/07/register-grab-driver.html

  7. Rujuk hujung post untuk link membeli sticker E-Hailing, Pemadam api spesifikasi untuk E-Hailing dan QR Code MySejahtera


Bayaran Yang Dikenakan Untuk Pemeriksaan Puspakom
  • Pemeriksaan E-Hailing Pertama = RM75 (Termasuk GST)
  • Pemeriksaan Semula sekiranya pemandu gagal di pemeriksaan awalan. Yuran tambahan ulangan adalah RM25
  • Pemeriksaan Berkala untuk memastikan kenderaan itu layak untuk perkhidmatan setiap tahun adalah RM55


CARA MEMBUAT PEMERIKSAAN E-HAILING PUSPAKOM.

  1. Tempah slot temujanji secara online
  2. Walk-in mana-mana cawangan Puspakom mengikuti waktu pejabat Puspakom. (Tutup)
WAKTU PEMERIKSAAN
Monday to Friday : 8.00am - 7.00pm
Saturday : 8.00am - 3.00pm
Sunday : 8.00am - 12.00pm (Wangsa Maju)








1) CARA ONLINE: Proses Pendaftaran & Langkah-Langkah Untuk Menempah Puspakom Secara Online


Bahagian 1: Pendaftaran Akaun MyPuspakom


Langkah 1

Tekan pada ‘Daftar Masuk Kali Pertama’
https://www.mypuspakom.com.my


Langkah 2 – Pendaftaran
Pilih jenis akaun ‘Perdagangan / Lain-Lain’, kemudian pilih ‘Enterprise’


Langkah 3 – Maklumat akaun
Tukar Maklumat Syarikat ke Maklumat Pemilik Kenderaan
Nama Syarikat → Nama Pemilik
No. Pendaftaran Syarikat → No. Kad Pengenalan Pemilik
Langkah 4 – Dokumen yang diperlukan
Perakuan Pendaftaran →Nama Pemilik (Gambar Kad Pengenalan)
Surat Wakil Kuasa → Kad Pendaftaran Kereta yang telah diperakui ATAU salinan JPJ
Tekan 'Daftar'. Anda akan dimaklumkan melalui emel jika akaun anda telah disahkan untuk membuat temujanji pemeriksaaan.




Bahagian 2: Temujanji Pemeriksaan Puspakom

Langkah 1

Daftar masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah disahkan.

Langkah 2
    Pilih ‘Temujanji Baru’



    Langkah 3 – Lengkapkan maklumat kenderaan anda

    Tip: Sila rujuk kepada kad pendaftaran atau sijil pemilikan kenderaan untuk butiran yang diperlukan

    • Kategori Kenderaan: PERSENDIRIAN*
    • Jenis Kenderaan: PERSENDIRIAN
    • Kelas Kegunaan: E-HAILING

    *Kenderaan anda masih dikelaskan sebagai kenderaan persendirian, kategori di sini adalah untuk pendaftaran sahaja.






    Langkah 4

    Pilih ‘Berkala Pertama e-hailing’

    Langkah 5

    Pilih ‘Negeri’ dan ‘Tarikh’ yang inginkan untuk pemeriksaan. Kemudian, pilih tarikh and lokasi yang masih tersedia.





    Langkah 6
    Pilih slot masa yang anda inginkan



    Langkah 7
    Lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan.


    Langkah 8 – Sahkan butiran temujanji anda

    Anda hanya perlu membawa tiga (3) dokumen berikut:
    • Kad Pendaftaran Kereta yang asal (JPJ Geran)
    • Sijil Pemilikan Kenderaan yang asal (Kad Pengenalan Pemilik)
    • Screenshot/salinan surat temujanji Puspakom




    Langkah 9
    Ringkasan jumlah bayaran akan dipaparkan di sini.

    Langkah 10 – Pembayaran

    Buat bayaran atas talian melalui kad kredit / kad debit / FPX. Sila bawa Slip Pengesahan Temujanji semasa pemeriksaan, salinan dicetak atau elektronik boleh diterima.

    Imbas kod QR pada terminal pengimbas




    Rujuk post di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci seperti apa perlu dibawa ke Puspakom.

    https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/04/grab-psv-2.html



    2) CARA WALK IN: Pemeriksaan E-Hailing Berkala.

    HARAP MAKLUM: PUSPAKOM TIADA LAGI TERIMA WALK IN. Pemandu yang walk in akan disuruh tempah slot melalui online seperti tertera di atas.

    Sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan secara WALK IN. Berikut adalah langkah-langkahnya
    1. Sediakan GERAN ORIGINAL. Salinan tidak diterima. Kalau tiada, rujuk pihak bank atau buat salinan di Cawangan JPJ berdekatan.
    2. Hadir ke mana-mana cawangan Puspakom. Beritahu pegawai di sana berkenaan pemeriksaan Puspakom dan beratur bersama kereta lain.
    3. Kalau anda bukan pemilik kereta. Ambil surat wakil dan isikan di Pondok Puspakom yang sama.
    4. Beratur mengikuti barisan kereta dan membuat bayaran seperti tertera di atas.
    5. Sampai giliran. Pegawai Puspakom akan suruh anda turun kereta dan tunggu di bilik yang disediakan.
    6. Keputusan akan dikeluarkan selepas pemeriksaan selesai.
    7. Kalau gagal, rujuk perkara yang gagal dan hantar ke bengkel. Tunjuk borang gagal kepada mekanik.
    8. Rujuk post di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci. 
      https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/04/grab-psv-2.html



    SOALAN LAZIM (FAQ)


    1. Adakah saya perlu mendapatkan cukai kenderaan baru/ Lesen Kenderaan Motor (LKM)?
      • Tidak, anda tidak perlu memperbaharui cukai kenderaan anda.

    2. Jika saya ditahan semasa mengambil penumpang, bagaimanakah cara untuk membuktikan bahawa saya adalah seorang pemandu e-hailing?
      • Semenanjung Malaysia & Sabah: Sila tunjukkan nombor EVP anda yang dipaparkan pada seksyen profil pemandu di aplikasi pemandu. 
      • Sarawak: Sila tunjukkan cetakan EVP anda kepada pihak berkuasa.

    3. Adakah saya dibenarkan untuk meletakkan sebarang iklan pada kenderaan saya?
      • Pembalut kereta (car wrap) atau sebarang jenis iklan lain ada dibenarkan untuk kenderaan yang telah berdaftar dan sah untuk perkhidmatan e-hailing sekiranya tiada pindaan baru dari pihak JPJ.

    4. Apakah jenis kereta-kereta yang layak untuk perkhidmatan Grab selepas peraturan e-hailing baru ini dikuatkuasakan?
      • Semua kereta yang digunakan untuk e-hailing perlu memiliki sekurang-kurangnya 3 bintang untuk penilaian ASEAN NCAP atau yang setara dengannya DAN berusia tidak lebih dari 9 tahun. Buat masa ini semua kereta yang diterima ke platform Grab mematuhi piawaian ASEAN NCAP.
      • Walau bagaimanapun, trak pickup tidak akan dibenarkan untuk menyertai perkhidmatan e-hailing kecuali di Sabah dan Sarawak.

    5. Adakah kereta hatchback layak untuk e-hailing?
      • Ya, sekiranya kereta tersebut mempunyai sekurang-kurang tiga bintang berdasarkan penilaian ASEAN NCAP (sila rujuk di atas)

    6. Adakah semua kereta wajib menjalani pemeriksaan PUSPAKOM?
      • Tidak, hanya kereta berusia lebih dari 3 tahun sahaja yang perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.

    7. Bagaimana cara untuk mendaftarkan kereta saya bagi pemeriksaan?
      • Sila kunjungi pusat PUSPAKOM berdekatan anda. Sila rujuk senarai cawangan di atas.

    8. Berapakah lama masa yang akan diambil untuk pemeriksaan ini?
      • Selepas pendaftaran, pemeriksaan akan mengambil masa sehingga satu jam.

    9. Apakah yang akan diperiksa oleh PUSPAKOM?
      • Untuk kereta berusia lebih dari tiga tahun, PUSPAKOM akan menjalankan pemeriksaan berikut:
        • Pemeriksaan pengenalan kenderaan
        • Bahagian luar dan dalam kenderaan
        • Bahagian bawah kenderaan
        • Cermin gelap

    10. Apakah peralatan yang perlu ada di dalam kenderaan saya?


    Pelekat E-Hailing

    ehailing sticker

    Sila tampal pelekat ini pada cermin hadapan dan belakang kenderaan anda. Grab menyediakan 2 keping pelekat untuk setiap pemandu di kiosk terdekat di bandar anda (Stok terhad)

    Kepada pemandu yang tidak ingin membazir masa mencari kiosk/GDC. Anda boleh beli melalui Lazada/Shopee.

    Link untuk Sticker E-Hailing di Lazada
    Lazada - E-Hailing Sticker (JPJ-Compliance) - Removable Type

    Lazada - E-Hailing Sticker (JPJ-Compliance) - Sticker Type


    Link untuk Sticker E-Hailing di Shopee
    Shopee - E-Hailing Sticker (JPJ-Compliance) - Removable Type

    Shopee - E-Hailing Sticker (JPJ-Compliance) - Sticker Type

    Link untuk Sticker LOGO GRAB



     
    e-hailing mysejahtera qr code

    Untuk MySejahtera QR code. Pemandu boleh cetak melalui laman web MySejahtera atau beli di link di bawah
    1. LAZADA - MySejahtera QR Code & Driver Rating Sign

    2. SHOPEE - MySejahtera QR Code & Driver Rating Sign

    Kepada pemandu yang ingin beli Grab Light tanpa menunggu Grab. Boleh rujuk link Shopee di bawah. Pemandu boleh pilih mengikuti bajet masing-masing

    Grab Light (OEM)

    Grab Light (Original 1:1)


    Baju Grab Platinum Driver Berkolar



    TAMAT

    TERIMA KASIH

    Comments