How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2025

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2025 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation c...

Grab Driver Part Time Dan Full Time Pada Tahun 2024 (ADAKAH PEKERJAAN GRAB DRIVER SESUAI UNTUK ANDA?)

TAHUN 2024 : PATUTKAH ANDA DAFTAR GRAB DRIVER SECARA PART TIME / FULL TIME?


Keadaan ekonomi sekarang amat mendesak rakyat Malaysia untuk mencari sumber pendapatan kedua. Tetapi apakah pekerjaan sambilan yang sesuai untuk anda selain dari menjadi agen topup, agen insuran, agen hartanah dan sebagainya? Grab Driver.

GrabCar Driver merupakah pekerjaan part time dan full time yang paling popular sejak 2015. Bukan sekadar popular di dalam bidang pekerjaan, ia juga telah menimbulkan banyak kontroversi di internet terutamanya Facebook.

Salah satu sebab Grab Driver popular adalah kerana pendaftaran untuk menjadi pemandu Grab Driver adalah sangat mudah dan anda juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi interview seperti pekerjaan lain. Untuk mendaftar sebagai pemandu Grab, anda hanya perlu ada kereta sendiri (2010 ke atas) dan daftar melalui link ini, kemudian akaun pemandu Grab Driver anda akan diaktifkan dalam masa 24-jam. Selepas akaun anda sudah aktif, anda boleh terus online aplikasi Grab Driver anda.

Sekarang, saya akan menerangkan kenapa anda PATUT mendaftar sebagai Grab Driver.


1)Anda mempunyai masalah kewangan.
Pada pendapat saya, kalau anda berada di dalam golongan gaji RM3500 ke bawah terutamanya bujang. Anda patut pandu Grab sebab selain dari waktu bekerja Isnin-Jumaat 9am-6pm. Anda mempunyai masa yang lebih contohnya: 8pm-11pm ataupun hujung minggu.

2)Anda ingin mengisi masa lapang anda untuk mencari sumber pendapatan
Anda belum berumah-tangga dan tinggal bersama keluarga, ibubapa. Anda mempunyai masa yang lebih. Selain dari membuang masa bermain game HP atau melayari facebook dan media sosial berjam-jam. Baik pandu Grab, round di bandar untuk beberapa jam, dapat RM100 kira ok juga.

3)Anda ingin membuat aktiviti yang lebih selain dari pekerjaan harian anda.
Anda telah bosan dengan aktiviti atau rutin harian. Anda ingin mencuba benda atau aktiviti baru tanpa memerlukan modal yang tinggi (Pandu Grab hanya perlu bayar duit petrol dan komisen Grab sahaja). Anda bolehlah pandu Grab dan berhubung dengan pelbagai penumpang di sekitar bandar.

4)Anda ingin menerokai kawasan bandar sambil dibayar penumpang.
Anda mungkin dah 20 tahun hanya ulang-alik Petaling Jaya dan Shah Alam sahaja. Dengan memandu Grab, anda boleh mengunjungi kawasan yang belum anda pernah pergi selama ini. Lagipun ada penumpang yang akan membayar tambang dan duit tol sekali semasa perjalanan anda.

5)Anda tengah menganggur atau tengah tunggu offer letter dari pihak awam/swasta.
Sementara anda tengah menunggu berita dari pihak-pihak tersebut. Anda boleh daftar dan pandu Grab sementara menunggu. Dengan ini, anda tidak perlu bazir masa anda duduk di rumah tak buat apa-apa.


Berikut adalah sebab kenapa anda TIDAK PATUT menjadi Grab Driver?


1)Anda tidak suka pekerjaan berkaitan dengan Customer Service.
Anda tidak suka melayan orang lain walaupun dibayar. Anda tidak gemar menceburi pekerjaan yang memerlukan anda untuk menghadapi masalah pelanggan. Sebab sebagai Grab Driver, penumpang anda adalah customer anda. Anda perlu tahu cara menangani masalah yang bakal dihadapi.

2)Anda tidak mempunyai masalah kewangan.
Point ini tidak perlu diterang dengan lebih lanjut. Anda memang tidak mempunyai masalah kewangan. Tetapi ada kemungkinan anda ingin menjadi Grab Driver kerana ingin mencuba.

3)Pekerjaan harian anda sudah cukup membebankan dan tidak mengizinkan.
Sekiranya kerja anda berpangkat tinggi, beban akan mengikut anda juga adalah tinggi. Anda tidak mahu mengambil cabaran yang lebih lagi. Ambil masa lapang yang ada untuk merehatkan minda anda. Kecuali anda terdesak dengan sebab-sebab tertentu.

4)Anda bersifat panas baran dan tidak suka tunduk kepada sesiapa.
Anda tahu sifat anda sendiri. Jika anda seorang yang cepat marah. Pekerjaan Grab Driver tidak beberapa sesuai untuk anda. Ini adalah kerana, apabila anda memandu, kadang kala kamu akan berdepan dengan penumpang yang bermasalah. Inilah masanya anda menguji kesabaran anda. Sekiranya anda pernah baca berita tentang Grab Driver. Anda pasti tahu masalahnya.

KESIMPULAN

Walaupun pekerjaan Grab Driver ini adalah pekerjaan yang paling popular, tidak bermaksud ianya sesuai untuk semua orang.


Soalan Lazim: Patutkah saya memandu Grab secara full-time?
Jujur cakap, saya tidak akan mengalakkan anda memandu Grab secara full-time, hanya jika anda terdesak. Fokus pada pekerjaan full-time anda dan pandu Grab secara part-time untuk meringankan beban.

Sekiranya anda rasa anda bersedia mengambil cabaran ini, rujuk post di bawah.

Daftar Pemandu Grab Driver melalui borang di bawah atau terus WhatsApp ke nombor ini 60163168357.

1) Kenapa daftar Grab Driver melalui borang di bawah? 
Jika anda mendaftar melalui borang di bawah, anda akan mendapat Kredit Percuma RM20 dan akaun anda akan diaktifkan dalam masa 24-jam. Selain itu, anda juga akan dimasukkan dalam WhatsApp Group Pemandu Grab (Bahasa Melayu, English, Bahasa Cina) yang dilatih oleh admin-admin group ini. Selain itu, kami juga ada Group Pemandu Wanita, untuk golongan pemandu wanita yang lebih selesa berbincang sesama pemandu wanita.



2) Bolehkah saya daftar Grab Driver di Grab GDC/ HQ?
Boleh, tetapi sekiranya anda mempunyai masalah dengan pendaftaran atau semasa memandu sebagai Grab Driver. Anda tidak akan mendapat sebarang pertolongan dan sokongan daripada mana-mana pihak admin group ini. HQ juga tidak akan menyediakan group untuk apa-apa kemusykilan yang bakal anda hadapi.
Pemandu yang daftar di HQ perlu beratur berjam-jam untuk bertanya tentang isu-isu mereka.

3) Saya telah daftar melalui laman web Grab / Grab Driver app. Tetapi akaun saya masih belum aktif lagi. Apakah yang saya perlu buat?
Anda boleh WhatsApp admin 60163168357. Admin akan menyemak status anda untuk mengaktifkan akaun Grab Driver.

Borang Pendaftaran Grab Driver (Android / IOS) :
http://daftar.grabdrivermy.com 

http://bit.ly/grabmyreg_klselangor


Website:
https://grabcar-my.com

Terima Kasih.




Pelanggan2 E-hailing 


Amy Search

Datuk Chef Wan

YB Nurul Izzah


Privacy Note: The photos in this post and blog are fetched from Google Images and strictly for illustration purpose only. 


________________________________________________________________________
Tag
Register Grab Driver
Register GrabCar Driver
Daftar Pemandu Grab
Daftar Pemandu GrabCar
Daftar Grab Driver
Daftar GrabCar Driver
Syarat Daftar Grab Driver

Cara Daftar Grab Driver
How To Be A Grab Driver
How To Sign Up Grab Driver


Comments