How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2026

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated  2026 Register as a GrabCar driver and start earning with your car today. New applicants can now register Grab Driver online throughout Malaysia without needing to visit any Grab GDC or Grab Kiosk. With the current online verification and Skip-The-Line process, applicants may submit their registration directly through the form below and registration admins will assist throughout the entire process. Applicants with existing PSV License (Teksi/e-Hailing) and e-Hailing panel insurance may receive account activation within approximately 5 working days. PSV License Requirement Under regulations by the Ministry of Transport Malaysia (MOT), all Grab drivers are required to possess a valid PSV License. For new applicants without PSV License, registration admins will provide guidance on: PSV course Medical checkup PUSPAKOM EVP application process in the fastest possible timeline. Grab Subsidy & Reimbursement All new applicants may clai...

Grab PSV : Cara Memohon PSV dan Puspakom Untuk Grab Dan E-Hailing Lain (Kemaskini 2026)

GRAB PSV V2 (KEMASKINI 2026)

Setelah beberapa posts yang kami update sejak beberapa bulan lepas berkaitan peralihan dari Malaysia lama ke Malaysia baharu, akhirnya Lesen Public Service Vehicle (PSV) telah diwajibkan secara rasmi oleh pihak Grab.

[12 JULAI 2019]

Harap maklum, Kementerian Pengangkutan telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir bagi pemandu mendapatkan Lesen PSV sehingga 11 Oktober 2019.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya TIDAK menangguhkan lagi proses tersebut dan segera melengkapkan kursus PSV serta pemeriksaan kenderaan anda secepat mungkin.





Perkara yang boleh dijangkakan daripada peraturan e-Hailing.

Semua rakan-pemandu Grab dikehendaki mematuhi peraturan e-Hailing yang telah dikuatkuasakan bermula 11 Oktober 2019. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan syarat kawal selia untuk rakan-pemandu e-Hailing serta kos yang terlibat.

Kami faham proses ini mungkin agak mencabar, namun anda tidak perlu risau kerana kami akan bantu anda sepanjang proses pendaftaran dan pengaktifan akaun.

Syarat-Syarat Menjadi Rakan-Pemandu e-Hailing (Kemaskini 2026)

grab psv

  1. Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)
    Rujuk post di bawah untuk cara mengambil Kursus PSV.
  2. Pemeriksaan Kesihatan
    Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan Lesen PSV.
    Purata kos: RM50–RM80
  3. Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM
    Kenderaan e-Hailing yang berusia lebih daripada 3 tahun wajib menjalani pemeriksaan awalan PUSPAKOM. Pemeriksaan susulan juga perlu dilakukan setiap tahun.
    RM75 (Boleh claim daripada Grab — rujuk post di bawah)
  4. Insurans e-Hailing
    Anda perlu menambah perlindungan insurans e-Hailing selain polisi insurans persendirian sedia ada bagi memastikan anda dilindungi ketika menjalankan tugas.
    Purata kos: RM100–RM400 setahun bergantung pada syarikat insurans.

Jumlah kos untuk langkah-langkah di atas: RM100–RM400 (insurans e-Hailing sahaja).
Kos lain termasuk EVP akan ditanggung oleh Grab.

EVP ialah E-Hailing Vehicle Permit. Maklumat lanjut tentang EVP boleh dirujuk di bahagian soalan lazim di bawah.

5 Langkah Untuk Pendaftaran Lesen PSV

Harap maklum bahawa langkah-langkah di bawah adalah berdasarkan maklumat semasa dan tertakluk kepada perubahan. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa.

LANGKAH 1: Print dan Isi Borang Medical JPJ

Muat turun dan isi Bahagian A–E borang JPJL8A (Kesihatan) di bawah:

Borang Medical JPJL8A

Bawa borang tersebut ke klinik swasta berdekatan. Pihak klinik akan bantu anda melengkapkan borang tersebut. Simpan borang dengan baik sekiranya anda ingin mengambil kursus PSV di institut memandu.


LANGKAH 2: Pemeriksaan Medical di Klinik Swasta

Kunjungi klinik swasta berhampiran untuk melengkapkan Seksyen F dalam borang JPJL8A iaitu pemeriksaan kesihatan PSV.

Pastikan anda hadir ke klinik swasta sahaja. Klinik dan hospital kerajaan TIDAK menerima pemeriksaan JPJ/komersial.


LANGKAH 3: Kursus PSV di Institut Memandu atau Grab GDC

Selepas siap Medical Check dan PUSPAKOM (jika diperlukan), submit resit melalui borang Pakej Pikul & EVP di bawah:

Borang Permohonan EVP Grab

Mulai 1 Oktober 2019, semua pemandu WAJIB menghadiri kursus Lesen PSV melalui salah satu cara berikut:

1) Institut Memandu Berdekatan

Pemandu yang ingin mengambil kursus PSV di institut memandu boleh semak lokasi dan harga di bawah:

Senarai Institut Memandu & Subsidi PSV Grab

2) Kursus PSV di Grab GDC (Kuala Lumpur & Selangor Sahaja)

Untuk permohonan kali pertama, isi borang online di bawah:

Daftar GrabCar Driver

Bagi pemandu yang belum daftar atau aktif, admin akan menghantar langkah kursus PSV selepas pendaftaran dibuat.


[MAKLUM]

Elakkan membuat pembayaran Kursus PSV secara online atau melalui WhatsApp kepada pihak yang tidak dikenali.

Jangan membuat pembayaran sekiranya ada pihak menawarkan:

  • Kelas PSV online
  • Harga terlalu murah / tidak logik
  • Promosi mencurigakan

Rujuk berita berkaitan penipuan di bawah:

Berita Harian - Iklan Tawaran JPJ Palsu

Harian Metro - Pemegang Lesen Terbang

Untuk mengelakkan penipuan atau sindiket Kursus PSV, pemandu baharu disarankan hanya mendaftar melalui institut memandu yang berdaftar dengan JPJ. Rujuk admin pendaftaran anda untuk senarai institut yang sah.

Pembayaran online PSV Bersama Grab HANYA akan disalurkan ke akaun syarikat “GrabCar Sdn Bhd”.

Harga PSV Bersama Grab selepas subsidi ialah RM75 atau mengikut promosi terkini yang ditawarkan oleh pihak Grab.

Contoh apabila pemandu mendaftar PSV dengan pihak yang tidak bertanggungjawab — status akan muncul sebagai bermasalah di sistem JPJ dan pemandu boleh disenarai hitam.

grab psv

Borang Pendaftaran Grab Driver Untuk Android/iOS

Daftar Grab Driver Malaysia

Pendaftaran Grab Driver Kuala Lumpur & Selangor

Pemandu berumur bawah 21 tahun atau yang telah disenarai hitam (blacklisted) adalah TIDAK layak mengambil Lesen PSV.


LANGKAH 4: Tambahkan Insurans e-Hailing

Sila rujuk kepada agen insurans kenderaan anda untuk menambah perlindungan e-Hailing dan tunggu maklumat lanjut daripada pihak Grab.

Untuk insurans daripada panel Grab (Grab Daily e-Hailing Insurance), maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

ehailing insuran

  • Anda hanya perlu membayar insurans ketika anda online memandu (untuk setiap tempoh 24 jam).

    • Semua tempahan Grab akan dilindungi oleh insurans ini
    • Anda boleh opt-in melalui aplikasi Grab Driver
    • Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan insurans tahunan atau insurans flexible harian melalui Grab
    • Harga insurans flexible bermula sekitar RM5–RM8 sehari bergantung kepada syarikat insurans
    • Anda perlu mempunyai polisi insurans daripada panel insurans Grab untuk melayakkan diri

    Untuk maklumat lanjut mengenai cara opt-in harian/tahunan dan senarai panel insurans, sila rujuk link di bawah:

    Grab Daily e-Hailing Insurance Malaysia


    LANGKAH 5: Memohon Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit)

    Setelah anda lulus Lesen PSV dan memiliki sijil PUSPAKOM (jika diperlukan), anda perlu menghantar Kad PSV dan sijil PUSPAKOM melalui borang di bawah:

    Borang Permohonan EVP Grab

    Rujuk post di bawah untuk panduan EVP dan Pakej Pikul Grab:

    Panduan EVP Grab

SOALAN LAZIM

APA ITU PSV?

Rujuk post yang kami tulis sebelum ini:

Apa Itu PSV Untuk Grab Driver


SAYA BARU DAPAT LESEN PSV TETAPI BELUM DAFTAR GRABCAR?

Sekiranya anda telah berjaya mendapatkan Lesen PSV tetapi belum berdaftar dengan Grab, sila isi dan submit borang pendaftaran Grab Driver. Pihak admin akan membantu menguruskan pendaftaran anda secara online.


SAYA PART-TIME SAHAJA. ADAKAH SAYA PERLU MOHON PSV DAN PUSPAKOM?

YA. Lesen PSV dan pemeriksaan PUSPAKOM adalah WAJIB di sisi undang-undang walaupun anda hanya memandu Grab beberapa jam setahun.

Sama seperti Lesen Memandu biasa — walaupun anda jarang memandu, lesen tetap diperlukan.


KENAPA GRAB MENYUSAHKAN PEMANDU UNTUK MENGAMBIL LESEN PSV?

PSV bukan ditetapkan oleh Grab. Ia merupakan arahan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, JPJ, APAD, PUSPAKOM dan pihak berkuasa berkaitan.

Rujuk penjelasan lanjut di bawah:

Penjelasan Peraturan PSV & MOT Malaysia

PEMERIKSAAN PUSPAKOM BERKALA E-HAILING

HANYA untuk kenderaan berusia 2 tahun 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran dalam geran JPJ.

Semak pusat PUSPAKOM berhampiran anda:

Senarai Cawangan PUSPAKOM Malaysia

Tempah appointment online supaya tidak perlu beratur terlalu lama:

MyPUSPAKOM Appointment Booking

Panduan pendaftaran MyPUSPAKOM:

Panduan Pendaftaran MyPUSPAKOM Grab

Alatan Keselamatan Untuk PUSPAKOM

  • Pemadam api 1kg jenis ABC Powder
  • Peti kecemasan (8-seater ke atas sahaja)
  • Tanda amaran segi tiga

Tips Persediaan Pemeriksaan PUSPAKOM

  1. Pastikan tinted mengikut spesifikasi JPJ
  2. Handbrake dalam keadaan baik
  3. Semak absorber dan tekanan tayar
  4. Buat alignment & balancing sebelum pemeriksaan
  5. Semak kereta dengan mekanik berpengalaman sebelum inspection

INSURANS E-HAILING

Kebanyakan syarikat insurans menyediakan perlindungan tambahan e-Hailing. Pastikan syarikat insurans anda berada di bawah panel Grab.

Grab Daily e-Hailing Insurance Malaysia

Soalan Lazim Insurans e-Hailing

  • Insurans e-Hailing WAJIB walaupun anda sudah mempunyai insurans persendirian
  • Perlindungan termasuk penumpang, pihak ketiga dan kerosakan semasa tugasan Grab
  • Anggaran kos sekitar RM250–RM400 setahun bergantung kepada syarikat insurans

PERMIT E-HAILING (GRAB EVP)

Grab akan memohon Permit EVP bagi pihak pemandu selepas syarat dipenuhi.

Maklumat EVP

  • Permit dipohon oleh pihak Grab kepada APAD
  • Kos EVP ialah RM115
  • Kos ini akan ditanggung oleh Grab untuk pemandu GrabCar yang layak

Penukaran Kod Kenderaan JPJ

Anda tidak perlu tukar geran kepada “teksi”. Namun JPJ mungkin memerlukan pengemaskinian kod kenderaan kepada kod e-Hailing persendirian (AH).


RAKAN PEMANDU OKU

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah membenarkan permohonan PSV untuk OKU tertakluk kepada syarat semasa.

Program PSV Untuk Pemandu e-Hailing OKU


CARA RENEW LESEN PSV UNTUK PEMANDU LAMA

Untuk renew PSV, pemandu lama hanya perlu menggunakan borang JPJL8 (2 muka surat), bukan JPJL8A.

Download borang di bawah:

Borang Renew PSV JPJL8

Kos pemeriksaan renew PSV biasanya sekitar RM5–RM20 sahaja.


PENDAPAT DARIPADA PEMANDU GRABCAR LAMA

Ramai pemandu berpendapat proses ini agak menyusahkan terutama untuk part-timer. Namun kursus PSV hanya perlu dibuat sekali sahaja dan dianggap seperti lesen memandu tambahan.

Pastikan anda membaca checklist PUSPAKOM dengan teliti sebelum hadir pemeriksaan bagi mengelakkan kegagalan dan kerugian bayaran pemeriksaan.




Sila tampal pelekat e-Hailing ini pada cermin hadapan dan belakang kenderaan anda.

Grab menyediakan 2 keping pelekat untuk setiap pemandu di Grab GDC kawasan anda (stok terhad).

Bagi pemandu yang tidak mahu membuang masa mencari kiosk atau Grab GDC, anda juga boleh mendapatkan pelekat tersebut di Shopee.

Klik link di bawah untuk semakan spesifikasi dan ukuran pelekat e-Hailing JPJ:

Spesifikasi Pelekat e-Hailing JPJ



Daftar melalui borang di bawah untuk memulakan proses pendaftaran Grab Driver dan Lesen PSV anda.






Terima Kasih.

Comments

  1. Nk amik psv ni tkde syarat umur ke...mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur 21-Tahun Ke Atas mengikut Tarikh Lahir di Kad Pengenalan.

      Delete
  2. Prosedur kerajaan semua kena ikut, di sini saya sarankan agar kadar tol pun hendaklah diselaraskan sama dengan kereta sewa dan teksi, adakah ini dilaksanakan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur di atas adalah untuk E-Hailing. Bukan Teksi.

      Prosedur seorang pemandu teksi termasuk, warna kereta, spesifikasi enjin yang ditetapkan oleh Pihak APAD. Syarat pemakaian yang ditetapkan oleh JPJ iaitu baju kemeja putih dan berkolar, seluar panjang hitam.

      Secara ringkasnya. Syarat-syarat EHailing dan Teksi/Kereta Sewa adalah berbeza.

      Terima Kasih

      Delete
  3. Bagimana nak ambil lesen PSV melalui Grab

    ReplyDelete

Post a Comment