10 Kereta Yang Paling Popular Untuk GrabCar Di Malaysia
GrabCar telah beroperasi di Malaysia sejak 2015. Sebanyak 300,000 dan lebih rakyat Malaysia telah berdaftar sebagai Grab Driver sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.
Pelbagai jenis kereta telah didaftar sebagai kereta Grab. Dalam jangka masa 5-tahun ini. Ramai pemandu telah membeli kereta khususnya untuk tugas GrabCar sahaja, antara sebabnya pandu Grab adalah salah satu sumber pendapatan sambilan yang paling popular sekarang.
DI bawah adalah 10 kereta yang paling digemari atau disyorkan oleh pemandu-pemandu Grab di Malaysia untuk tugas GrabCar. Kategori yang paling popular adalah Economy dan 6-Seater.
Sedan / Grab Economy
1) Perodua Bezza
Model ini adalah paling popular di kalangan pemandu Grab. Sebab jimat (Advanced Eco model) dan mempunyai ruang yang besar. Harga juga sub-50k.
Bezza sesuai untuk pemandu GrabCar full-time sebab boleh buat trip KLIA tanpa masalah boot space.
Price: RM34,490 - RM47,790
Fuel Economy: 22km/L
Boot Space: 508L
2) Perodua Axia
Model ini dipilih sebab boleh dikira kereta yang paling jimat minyak(Advanced Eco model) di Malaysia sekarang. Walaupun size tidak sebesar Bezza. Tetapi untuk trip pendek dan sekitar bandar. Penjimatan minyak adalah terbaik.
Hanya satu masalah, selalu kena cancel bila dapat job KLIA sebab tak dapat muat banyak sangat luggage.
Price: RM22,990 - RM40,390
Fuel Economy: 20km/L
Boot Space: 260L
3) Perodua Myvi
Myvi tak perlu intro. Kereta yang paling popular di kalangan pemuda sejak launching 2005.
Sama seperti Axia tetapi enjinnya lebih berkuasa. Pengunaan jimat kurang sikit dari Axia.
Price: RM42,790 - RM54,090
Fuel Economy: 14.7km/L
Boot Space: 277L
4) Proton Saga
Proton Saga adalah sedan pertama buatan Malaysia. Enjin Proton Saga hari ini lebih berkuasa berbanding dengan Perodua Bezza. Ramai pilih Saga sebab kuasa enjinnya walaupun minyak tak sejimat Bezza.
Price: RM32,800 - RM39,800
Fuel Economy: Standard AT variant, 15km/L
Boot Space: 420L
5) Proton Persona
Persona levelnya lebih tinggi dari Saga disebabkan keteguhannya. Persona lebih berat berbanding dengan Saga. Oleh itu dari segi keselamatan dan kesenyapan, Persona adalah pilihan pemandu yang guna kereta tersebut untuk tujuan keluarga dan GrabCar.
Price: RM42,743 - RM54,669
Fuel Economy: Standard CVT Variant, 16.4km/L
Boot Space: 510L
MPV / Grab 6-Seater
1) Proton Exora
MPV yang paling besar buat Malaysia. Seperti biasa, Proton mempunyai kuasa enjin yang lebih tinggi terutama variasi BOLT yang mempunyai Turbo. Dikatakan variasi BOLT lebih jimat minyak berbanding dengan variasi non-bolt.
Exora juga mempunyai ruang yang besar. Sesuai untuk KLIA dan juga Genting, Cameron Highland.
Price: RM59,800 - RM69,347
Fuel Economy: 9.78km/L
Boot Space: 132L
2) Perodua Alza
Alza di bawah golongan compact MPV. Sebab ruang keseluruhanya tidak sesuai untuk 7 orang dewasa. Biasanya dikategorikan sebagai 5+2.
Sesuai untuk tugas 6-seater yang berjarak dekat di sekitar bandar. Tidak sesuai untuk Genting sebab enjin yang underpower tidak dapat membawa 7-penumpang menaiki jalan bukit dengan lancar.
Price: RM51,467 - RM62,889
Fuel Economy: 10.8km/L
Boot Space: 83L
3) Toyota Innova
Innova adalah popular sebagai family-car di Malaysia. Size lebih kurang dengan Exora hanya enjinnya lebih berkuasa.
Price: RM115,280 - RM132,400
Fuel Economy: AV Variant, 10km/L
Boot Space: 300L
4) Hyundai Starex
Starex jadi semakin popular dalam beberapa tahun ini. Sebab kereta ini boleh muat 10-orang! Vellfire/Alphard masih dikira sebagai 7-seater.
Ramai pemandu GrabCar sepenuh masa menggunanya sebagai kereta rombongan (tour) samaada KLIA trip, outstation, Genting. Pelancong luar negara gemar tempah kereta yang besar.
Selain itu, tahukah anda Starex juga boleh diguna untuk Servis Grab Premium. Starex salah satu model yang boleh buat Economy, 6-seater dan Premium.
Price: RM163,888 - RM173,888
Fuel Economy: 9.2km/L
Boot Space: 364L
5) Maxus G10
G10 ini dibawa masuk dengan tujuan bersaing dengan kategori Starex/Vellfire. Antara sebab pemandu GrabCar memilih model ini adalah harga promosi yang diberi Maxus.
Price: RM135,825 - RM138,742
Fuel Economy: 7km/L
Boot Space: 300L
Apa pandangan atas model kereta lain?
Model kereta lain seperti Honda City, Toyota Vios adalah kereta yang bagus juga untuk Grab tetapi disebabkan harga dan kos maintenance yang lebih tinggi. Ini akan mengurangkan keuntungan sebagai Grab Driver secara keseluruhan.
Pada pendapat admin, paling penting adalah servis dan kos maintenance sebab pengunaan kereta untuk Grab adalah banyak, wear and tear lebih cepat. Kereta yang mempunyai produksi yang banyak biasanya mempunyai banyak service centre dan juganya spare part.
Akhir sekali, kalau ada salah dalam spesifikasi kereta di atas. sila betulkan admin dengan komen di bawah.
Terima Kasih
__________________________________
Comments
Post a Comment