Cara Daftar GrabFood Rider Dalam 5-Hari Di Malaysia (Kemaskini 2026)
- Get link
- X
- Other Apps
Cara Daftar GrabFood Rider Dalam 5-Hari Di Malaysia (Kemaskini 2026)
Semak dan pastikan anda memenuhi syarat pendaftaran di bawah terlebih dahulu.
Langkah 1
Kumpulkan empat (4) dokumen asas untuk pendaftaran.
Langkah 2
Muat naik dokumen dan isi butiran melalui link permohonan di bawah untuk menempah slot pengambilan kit GrabFood anda:
Pendaftaran GrabFood Rider Malaysia
Selepas permohonan dihantar, sila ikut langkah di dalam inbox Email/SMS dan hubungi admin pendaftaran anda untuk proses seterusnya.
Pemohon yang hadir ke pejabat Grab TANPA temujanji atau jemputan rasmi TIDAK AKAN dilayan.
PENGENALAN KEPADA GRABFOOD
GrabFood ialah salah satu perkhidmatan penghantaran makanan di bawah Grab dan mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2018 selepas kejayaan perkhidmatan GrabCar.
Hari ini, GrabFood dikenali sebagai antara platform penghantaran makanan terbesar di Malaysia.
SYARAT-SYARAT GRABFOOD RIDER (DELIVERY PARTNER)
- Warganegara Malaysia (MyKad Biru / MyTentera sahaja)
- Berumur 18–69 tahun
- Pemohon berumur 50 tahun ke atas wajib menjalani pemeriksaan kesihatan
- Lesen motosikal B/B2 yang aktif
- Lesen L TIDAK diterima
- Memiliki telefon Android atau iPhone
- Tidak pernah bertugas untuk GrabExpress / GrabCar / GrabTaxi
- Tidak mempunyai rekod polis atau mahkamah
- Tidak pernah digantung atau dibanned oleh Grab
- Menetap di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Seremban
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Gambar Profil
- Kad Pengenalan
- Lesen Memandu (B/B2/P sahaja)
- Salinan Roadtax motosikal
Pemandu akan menjalani kursus dan ujian secara online selepas pendaftaran dihantar.
BORANG PENDAFTARAN GRABFOOD (KL & SELANGOR)
Borang Pendaftaran GrabFood Rider
Cara Daftar GrabFood Rider (Aliran)
1) Sediakan Dokumen
Kumpulkan empat (4) dokumen di atas dan ambil gambar yang jelas. Pastikan semua tulisan boleh dibaca dengan terang.
2) Isi Borang
Klik link borang pendaftaran GrabFood dan lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
3) Tunggu Arahan WhatsApp
Selepas borang dihantar, admin pendaftaran akan menghubungi anda melalui WhatsApp dalam tempoh sekitar 24 jam bekerja (Isnin – Jumaat).
Pastikan anda mengikuti aliran dan arahan yang diberikan supaya tidak membazir masa hadir ke pejabat GrabFood tanpa temujanji.
4) Semakan & Pengaktifan
POTENSI PENDAPATAN GRABFOOD RIDER
Central
(Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya & Nilai)
Potensi Pendapatan:
RM14 – RM17 / jam
Selatan
(Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Potensi Pendapatan:
RM9 – RM12 / jam
Utara
(Perak, Penang, Kedah, Perlis)
Potensi Pendapatan:
RM8 – RM11 / jam
Timur
(Pahang, Terengganu, Kelantan)
Potensi Pendapatan:
RM6 – RM8 / jam
SOALAN LAZIM (FAQ)
Berapakah modal saya perlu sediakan untuk daftar GrabFood Rider?
Keseluruhan kos permulaan hanyalah deposit kit sebanyak RM150.
Untuk permulaan, rider hanya perlu membuat:
- Deposit RM150
- (3x RM50 E-Pay Topup)
Deposit ini akan dipulangkan semula sekiranya GrabFood kit dipulangkan kepada pihak Grab apabila berhenti bertugas.
Ada jacket atau topi keledar untuk GrabFood?
Ada.
Maklumat stok akan dimaklumkan oleh pejabat Grab semasa temujanji.
Pemohon DILARANG hadir ke pejabat TANPA temujanji yang ditetapkan.
Beg GrabFood boleh pilih?
Tidak boleh.
Beg yang diberikan adalah mengikut model terkini yang tersedia.
Bolehkah saya tukar bag GrabFood?
Boleh.
Syarat:
- Bertugas lebih 9 bulan = PERCUMA
- Bertugas kurang 9 bulan = RM150
Boleh tukar bandar bertugas?
Boleh.
Syarat:
- Aktif lebih 3 bulan
- Melebihi 30 trips
Ada penalti kalau ambil beg tetapi tidak bertugas?
Ya.
Deposit RM50 akan hangus dan slot akan diberikan kepada pemohon lain yang lebih berminat.
Minimum:
- 30 jobs dalam tempoh 30 hari selepas menerima beg GrabFood
Berapakah komisen Grab daripada GrabFood Rider?
0%
Grab tidak menolak komisen daripada tambang GrabFood rider.
Namun, untuk tugas GrabExpress, komisen sekitar 20% akan dikenakan.
Boleh bertugas di luar kawasan pendaftaran?
Tidak boleh.
Rider hanya dibenarkan bertugas di kawasan pendaftaran masing-masing.
Cara bayaran GrabFood?
Semua transaksi dibuat melalui:
- GrabPay
- Tunai (Cash Order)
bergantung kepada jenis tempahan pelanggan.
Gaji dan pendapatan GrabFood Rider?
Secara purata:
- RM4 – RM10 bagi setiap penghantaran
Tambahan bonus akan diberikan pada:
- Waktu sibuk
- Kawasan permintaan tinggi
- Kempen tertentu
GrabFood ada jadual kerja tetap?
TIDAK ADA.
Rider bebas memilih waktu bekerja sendiri.
Hanya perlu:
- Online aplikasi
- Bersedia di kawasan hotspot
Isu latar belakang & saman
Rider WAJIB mempunyai rekod bersih tanpa:
- Kes polis
- Kes mahkamah serius
Syarat saman:
- Tidak lebih 3 saman dalam setahun
- Tidak lebih 9 saman dalam tempoh 3 tahun
Saya pernah pandu Grab sebelum ini
Sekiranya anda pernah menjadi:
- GrabCar Driver
- GrabFood Rider
- GrabTaxi
- UberEAT
Anda TIDAK perlu membuat permohonan baharu.
Sila hubungi Existing Partner Support:
03-2788 1300
untuk semakan status akaun anda.
Saya mahu daftar GrabFood untuk restoran sahaja
Rujuk link rasmi di bawah:
KESELAMATAN DAN PERHATIAN
Pekerjaan GrabFood Rider merupakan salah satu pekerjaan berisiko tinggi kerana melibatkan penggunaan jalan raya setiap hari.
Rider disarankan:
- Sentiasa memakai topi keledar
- Memakai pakaian keselamatan
- Mematuhi undang-undang jalan raya
- Berhati-hati ketika cuaca buruk atau waktu malam
Sekiranya anda berumur 21 tahun ke atas dan memiliki kereta, anda juga boleh mendaftar sebagai GrabCar Driver.
Pendaftaran GrabCar Malaysia:
Berapa Pendapatan GrabFood Untuk 8 Jam? | Hari Pertama | GrabRider
Pendapatan GrabFood rider bergantung kepada:
- Kawasan bertugas
- Waktu online
- Permintaan semasa
- Jumlah order disiapkan
Secara purata, rider boleh menjana sekitar:
- RM4 – RM10 bagi setiap penghantaran
- Bonus tambahan ketika peak hour dan hotspot
Untuk rider yang online sekitar 8 jam sehari, jumlah pendapatan harian boleh berbeza mengikut kawasan dan waktu bertugas.
Beg GrabFood Hilang Atau Rosak Untuk Rider Lama
Kepada rider GrabFood lama yang mengalami masalah beg GrabFood hilang atau rosak, anda boleh mendapatkan pengganti melalui link Shopee di bawah.
GrabFood V3 dan V4
- Get link
- X
- Other Apps


Comments
Post a Comment