Skip to main content

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Cara Daftar Grabfood Car Di Malaysia (Dibuka Kepada Semua Pemandu GrabCar Aktif))

Penghantaran makanan menggunakan kereta

Disebabkan permintaan yang tinggi, kami telah menyediakan jenis perkhidmatan GrabFood Car dalam akaun rakan-pemandu Platinum & Gold.
Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang GrabFood Car semasa tempoh percubaan ini:
Waktu Sibuk
Isnin – Ahad: 11AM – 3PM, 5PM – 9PM
Tambang & Komisen
  • Tambang minima untuk kesemua penghantaran GrabFood Car akan berbeza mengikut bandar (sila rujuk mesej dalam aplikasi pemandu untuk mengetahui tambang dan insentif)
  • Semua penghantaran GrabFood Car tidak akan dikenakan sebarang komisen (0% komisen)
Kawasan operasi untuk bandar di luar Lembah Klang
Kawasan operasi GrabFood di setiap bandar yang berada di luar Lembah Klang adalah berbeza dengan GrabCar. Sila tekan di sini untuk peta. Kawasan yang ditanda hijau adalah kawasan operasi GrabFood.

Sebelum mengaktifkan GrabFood Car, sila pastikan:
  • Mempunyai bekas plastik atau bakul untuk menyimpan makanan dalam kereta
  • Sila bersihkan bekas plastik atau bakul dengan pembasmi sekerap mungkin
Apabila anda ambil pesanan GrabFood daripada restoran, sila pastikan:
  • Letak kereta dan ambil pesanan di restoran. Anda tidak perlu mengambil pesanan daripada restoran dalam pusat beli belah
  • Jika anda tidak dapat mencari tempat untuk letak kereta, sila cari lokasi yang sesuai untuk menghubungi restoran atau kedai di talian yang telah disediakan
  • Anda MESTI letakkan makanan di dalam bekas plastik atau bakul di atas tempat duduk hadapan
Apabila anda hantar pesanan GrabFood kepada pelanggan, sila pastikan:
Hantar mesej GrabChat berikut (anda digalakkan untuk menyimpan mesej ini sebagai salah satu templat GrabChat):
  • (ENG) Hi, I am a GrabCar driver delivering your food order. Can you please come down to the lobby (or house gate) to collect your order? Thank you!
  • (BM) Hai, saya menghantar pesanan anda menggunakan kereta. Sila datang ke lobi (atau pintu rumah) untuk mengambilnya. Terima kasih!
  • (ZH) 您好,我是一名使用汽车为您送餐的司机伙伴,请您来到大厅(或门口)领取您的食物。谢谢!
Kami sarankan anda untuk melengkapkan latihan GrabAcademy agar anda boleh bersedia dengan sebaik mungkin. Tekan butang di bawah untuk bermula.
Nota penting:
  • Tambang dan insentif adalah tertakluk kepada perubahan semasa tempoh percubaan
  • Dalam tempoh percubaan ini, rakan-pemandu aktif tidak perlu mengambil makanan daripada restoran tidak halal dan restoran dalam pusat beli belah
  • Kadar pembatalan GrabFood dan kadar yang lain (kecuali jika berlebihan) tidak akan dikira bagi sebarang tindakan disiplin buat masa ini
  • Jika kami menerima laporan bahawa anda tidak meletakkan pesanan di dalam bekas plastik atau bakul, kami akan membuat siasatan dan tindakan disiplin akan diambil berdasarkan keputusan siasatan tersebut.

Soalan Lazim
Saya belum lagi mempunyai bekas/bakul. Boleh saya mula membuat penghantaran?
TIDAK. Anda MESTI meletakkan makanan di dalam bekas/bakul. Jika kami mendapat laporan bahawa anda gagal berbuat demikian, kami akan menggantungkan akaun GrabCar dan GrabFood anda.
Kenapa saya tidak mendapat sebarang pesanan GrabFood? Bagaimanakah pesanan ini diagihkan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar?
Kebanyakan pesanan GrabFood diterima semasa waktu makan tengahari dan makan malam (11AM – 3PM dan 5PM – 9PM). Datang online pada waktu-waktu ini untuk menerima pesanan.
Buat masa ini, pengagihan pesanan GrabFood akan mengutamakan rakan-penghantar. Kami akan meningkatkan permintaan GrabFood (dengan menambah restoran dan promosi) dalam tempoh ini menjangkakan peningkatan untuk peluang pendapatan anda.
Adakah saya akan menerima pesanan tidak halal?
Tidak, buat masa ini anda hanya akan menerima pesanan untuk restoran halal sahaja.
Mengapa saya tidak menerima sebarang beg penghantaran GrabFood? Di manakah saya boleh mendapatkan bekas / bakul makanan?
Kami tidak mewajibkan anda untuk menggunakan beg penghantaran GrabFood kerana situasi semasa dan bagi memastikan kita dapat memenuhi permintaan yang tinggi ini bersama-sama.Kami masih memerlukan rakan-pemandu untuk menyediakan bekas / bakul khas untuk meletakkan makanan bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan barangan lain.
Anda boleh dapatkan bekas / bakul makanan di pasaraya berdekatan anda (Aeon, Giant, Tesco).
Saya menerima pesanan dari restoran / pelanggan dari kondominium tanpa kawasan letak kereta. Bolehkah saya membatalkan pesanan tersebut?
Kami menasihatkan anda untuk tidak membatalkan pesanan tersebut bagi memastikan pengalaman pelanggan tidak terganggu. Anda boleh melaporkan masalah tersebut di sini dan kami akan senarai hitamkan rakan-niaga tersebut.
Selain itu, jika anda perlu membayar tiket untuk meletakkan kenderaan, sila maklumkan kepada kami. Kami akan membayar balik jumlah tersebut kepada anda.
Pelanggan / restoran tidak mahu membantu datang ke kereta saya untuk menerima / menghantar makanan.
Kami memohon maaf di atas kesukaran yang anda alami. Dalam keadaan tertentu, restoran mungkin tidak mampu untuk menghantar makanan ke kereta anda disebabkan jumlah pesanan yang tinggi. Dalam situasi ini, kami meminta anda untuk meluangkan sedikit masa untuk meletakkan kereta dan mengambil sendiri pesanan tersebut. Walau bagaimanapun, jika kami menerima laporan berulang kali, kami akan menyiasat restoran tersebut.
Adakah saya patut mematikan jenis perkhidmatan GrabCar? Adakah saya boleh mendapatkan pesanan sekaligus dengan GrabCar?
Tidak, kami menyarankan anda untuk menghidupkan kedua-dua jenis perkhidmatan, GrabCar dan GrabFood Car untuk memaksimumkan peluang anda untuk menerima pesanan makanan dan tempahan pelanggan.
Sekiranya anda menerima tempahan GrabCar, kami meminta anda untuk meletakkan bakul / bekas makanan anda di tempat duduk hadapan atau di but kereta. Sila pastikan bekas makanan diletakkan di tempat bersih dan tidak bersentuhan dengan barangan bukan makanan.
Bolehkah saya membawa orang lain untuk membantu saya di dalam kereta?
Tidak, kami melarang anda untuk membawa orang lain kerana anda mungkin akan menerima tempahan GrabCar. Anda tidak dibenarkan untuk membawa orang lain yang bukan penumpang semasa melengkapkan trip anda.
Apakah yang patut saya lakukan jika restoran tutup apabila saya sampai?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 80 6060 untuk membatalkan pesanan anda dan laporkan kepada kami di sini agar kami boleh menyahaktifkannya pada aplikasi penumpang. Pilih ‘Outlet’ > ‘Issue regarding Outlet’ > ‘Merchant closed’.
Adakah saya boleh dikenakan tindakan disiplin disebabkan kadar pembatalan / penilaian?
Dalam tempoh terhad ini, kami tidak akan mengenakan tindakan disiplin di atas pembatalan pesanan GrabFood.
Berapa lama saya boleh menerima pesanan GrabFood?
Kami akan meneruskan inisiatif ini dalam masa terdekat. Kami akan sentiasa melakukan penilaian dan akan berkongsi perkembangan terkini bersama anda pada masa terdekat.
______________________________________________________________
Nota Admin grabdrivermy.blogspot.com:

Secara ringkasnya. Grabfood car HANYA untuk pemandu Platinum dan Gold sahaja. Call 1300806688 untuk maklumat lanjut. Kami diberitahui bahawa Grabfood Car telah dibuka untuk semua pemandu GrabCar aktif.

Selepas itu, lengkapkan Latihan Grabfood di atas (TAB HIJAU).
Selepas Latihan Grabfood dilengkapkan dan syarat pemandu dicapai. Anda akan menerima notification dalam Aplikasi Pemandu Grab dalam masa 24-48 jam.
Sekiranya anda TELAH MENCAPAI SYARAT DI ATAS tetapi masih tidak menerima notification. Call 1300806688 untuk bantuan.

JANGAN WHATSAPP ATAU BALAS EMAIL.

Terima Kasih.

______________________________________________________________

Comments