Skip to main content

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Grab KLIA : Cara Queue & Tempat Pickup Di KLIA1 Dan KLIA2 (UPDATE OCTOBER19)

Ciri KLIA Queue Allocation


Untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar, telus, dan selamat kepada rakan-pemandu yang menunggu tempahan di KLIA, kami akan memperkenalkan ciri baharu kami iaitu KLIA Queue Allocation.
Ciri ini hanya akan diaktifkan jika anda menunggu tempahan di lokasi yang ditentukan sahaja yang dipanggil ‘KLIA Landside Operations’ atau ‘Charter Field Town’. Ciri baru ini selaras dengan syarat peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dimana semua kenderaan, termasuk kereta servis e-hailing tidak boleh menunggu di tepi jalan raya sekitar lapangan terbang.
Ciri baharu ini akan mula digunakan pada 14 November 2017.
Bagaimanakah ciri ini berfungsi? 
Siapa cepat, dia dapat! Ini bermakna rakan-pemandu yang paling awal sampai di Landside Operations akan diberikan tempahan terlebih dahulu. Rakan-pemandu yang tiba kemudian di kawasan ini akan diletakkan di dalam sistem giliran dan hanya akan menerima tempahan apabila giliran mereka sampai.
Notifikasi akan dihantar untuk memaklumkan kedudukan giliran anda.
  • Untuk nombor giliran 100 dan ke bawah, rakan-pemandu akan menerima notifikasi dalam aplikasi setiap kali mereka naik 20 posisi. Contohnya. 1-20.. 81-100
  • Untuk nombor giliran 100-500 dan ke bawah, rakan-pemandu akan menerima notifikasi dalam aplikasi setiap kali mereka naik 50 posisi. Contohnya. 451-500, 401-450.. 201-250
  • Untuk nombor giliran >500 dan ke bawah, rakan-pemandu akan menerima notifikasi dalam aplikasi setiap kali mereka naik 100 posisi. Contohnya. 701-800, 601-700, 501-600
Anda akan menerima tempahan seterusnya apabila anda pertama didalam giliran. Selepas anda telah menerima tempahan, sila gerak menuju ke penumpang. Apabila anda telah menerima tempahan, sila gunakan GrabChat untuk memaklumkan kepada penumpang Expected Time of Arrival (ETA) anda.
PENTING:
Sila pastikan anda bersedia untuk terima tempahan apabila angka giliran anda: JustGrab GrabCar:  100 dan ke bawah
Selain GrabCar: 20 dan ke bawah
Perlindungan Trip Jarak Pendek
Mulai 11 Mac 2019, 
anda akan ditempatkan dalam giliran KLIA yang lebih pendek jika anda memenuhi kedua-dua syarat ini:
  • Kembali ke kawasan menunggu giliran dalam tempoh 90 minit dari masa anda menerima tempahan di KLIA/KLIA2.
  • Jarak trip yang dilengkapkan adalah 35KM atau kurang (mengikut sistem pemetaan Grab).
Baki minima dompet kredit
Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam dompet kredit anda untuk menerima tempahan KLIA. Jumlah minima yang diperlukan berbeza mengikut kadar komisen anda.
Contoh 1: Jika anda membayar komisen 20%, anda perlukan baki minima sebanyak RM100 X 20% = RM20 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM100 dan ke bawah.
Contoh 2: Jika anda membayar komisen 25%, anda perlukan baki minima sebanyak RM65 X 25% = RM16.25 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM65 dan ke bawah.
Jaminan Tambang setiap KM (Servis ekonomi) 
Mulai 11 Mac 2019!
 
Contoh: JustGrab GrabCar rakan-pemandu akan mendapat jaminan minima RM0.80 bagi setiap 1KM (selepas komisen) ke KLIA. Grab akan top up perbezaannya jika jumlah tambang setiap KM adalah kurang daripada RM0.80
Jumlah jarak pemanduan ke KLIA: 75KM
Jumlah tambang: RM65
  • Tambang selepas Komisen: (RM65 – 25%) = RM48.75
  • Tambang bersih setiap KM: RM48.75 / 75KM = RM0.65 setiap KM
TOP UP: (RM0.80 – RM0.65) x 75KM = RM11.25
Kawasan drop off yang layak untuk Bonus Airport 

Soalan Lazim
Dimanakah terletaknya kawasan ‘KLIA Landside Operations’?
Sila rujuk peta di bawah. Rakan-pemandu hanya boleh mendapatkan tempahan apabila mereka berada di kawasan ini.
Gambar 2: Kawasan-kawasan operasi KLIA Queue
Tidak pasti bagaimana untuk ke sana? Cari ‘Landside Operations’ di Waze.
Gambar 3: Lokasi Landside Operations di dalam aplikasi Waze
Gambar 4: Lokasi Charter Field Town di dalam aplikasi Waze
Peringatan khas untuk KLIA Landside Operations:
  • Sila parkir di zon Grab yang ditetapkan sahaja.
  • Jangan parkir di zon ALM yang ditetapkan.
Gambar 5: Zon Grab yang ditetapkan di Landside Operations
Adakah ciri ini diguna pakai untuk semua jenis servis?
Tidak, ciri ini hanya tertakluk kepada JustGrab GrabCar, Grabcar Premium dan Grabcar 6-seater. Kami mengesyorkan anda untuk memilih dan mengaktifkan hanya SATU jenis perkhidmatan pada aplikasi pemandu anda untuk mengelakkan kehilangan kedudukan giliran anda tanpa diduga.
Bagaimanakah rakan-pemandu dimaklumkan tentang kedudukan giliran mereka?
Apabila anda berada di Landside Operations, anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi memberitahu anda kedudukan giliran anda jika anda online. Setelah pemberitahuan yang pertama telah dikeluarkan, anda akan dimaklumkan setiap kali kedudukan anda berubah sehinggalah anda mendapat tempahan. Rujuk perkara di bawah:
Apa akan berlaku jika saya tidak mendapat nombor giliran?
  • Pastikan anda berada di tempat yang betul.
  • Bergantung kepada rangkaian telefon, anda mungkin akan mengalami kelewatan dalam menerima notifikasi. Kami menasihati anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menelefon bahagian Customer Support kami.
  • Semak untuk memastikan aplikasi anda tidak terkunci atau dalam mod standby.
Adakah sistem giliran di Landside Operations dan Charter Field Town dipisahkan?
Tidak. Sistem giliran digabungkan.
  • Cth. jika 10 rakan-pemandu dengan GC beralih ke Operasi Landside, mereka akan berada dalam giliran untuk GC: 1-10. Jika rakan-pemandu lain  memasuki Charter Field Town kemudian dengan GC dihidupkan, dia akan berada dalam giliran yang sama untuk GC, dengan nombor kedudukan yang lain 11-20.
Jika saya berada di Operasi Landside, bolehkah saya berpindah ke Charter Field Town tanpa kehilangan nombor saya?
  • Boleh, dengan syarat anda berpindah ke Charter Field Town DALAM masa 5 minit.
  • Kami tidak menasihatkan anda untuk berpindah dari Charter Field Town ke Landside Operations kerana masa yang diambil untuk melakukannya boleh melebihi 5 minit.
Bolehkah giliran saya diturunkan/ditolak ke bawah?
Ya. Giliran anda boleh diturunkan untuk semua jenis servis apabila:
  1. Anda membatalkan tempahan
  2. Jika anda mengabaikan lebih daripada TIGA tempahan bagi semua jenis servis. (Jika anda mengabaikan SATU tempahan, anda perlu membuka kunci skrin anda dalam masa 5 minit. Jika tidak, giliran anda akan ditolak ke bawah.)
  3. Jika anda offline ataupun memutuskan sambungan ‘availability for job’ lebih daripada 5 minit.
  4. Jika anda meninggalkan kawasan Landside Operations tanpa sebuah tempahan untuk lebih daripada 5 minit.
Apakah yang akan terjadi kepada giliran saya jika penumpang yang membatalkan tempahan?
  1. Jika anda telah meninggalkan kawasan Landside Operations atau Charter Field Town untuk mengambil penumpang dan penumpang tersebut membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda bagi jenis servis yang dibatalkan akan tetapkekal di atas jika anda kembali ke kawasan- kawasan tersebut dalam masa 25 minit.
  2. Namun itu, nombor giliran anda bagi jenis servis yang lain akan ditolak ke bawah. Oleh itu, kami sangat mengalakkan anda untuk hanya memilih satu jenis servis sahaja.
* Terdapat juga kes di mana anda mungkin akan menerima tempahan dalam masa seminit setelah anda menutup penerimaan tempahan dalam disebabkan gangguan sistem (lag).
Apakah yang akan berlaku jika saya memilih beberapa jenis servis dalam satu masa?
Jika anda memilih beberapa jenis servis dalam satu masa (JustGrab GrabCar, GrabCar Premium, GrabCar 6-seater), anda akan diletakkan di dalam beberapa giliran. Anda akan diberitahu apabila nombor giliran anda berubah untuk salah satu jenis servis ataupun kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:
  • Nombor giliran anda akan diturunkan apabila anda mengabaikan tempahan untuk dua kali tanpa mengira jenis servis yang telah diaktifkan.
  • Apabila anda membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda akan diturunkan bagi semua jenis servis yang anda aktifkan.
  • Jika penumpang membatalkan tempahan anda, kedudukan giliran anda akan dikekalkan di atas untuk tempahan jenis servis anda yang dibatalkan. Tetapi untuk jenis servis yang lain, kedudukan giliran anda akan di tolak ke bawah kedudukan giliran jenis servis tersebut.
TEMPAT PICKUP BARU MULAI 12HB OKTOBER 2019 ATAS MAHB(Malaysia Airport)
Pemandu wajib mempunyai Kad Touch&Go (Minimum RM20) ,Credit/Debit Card yang mempunyai PayWave. 

[PERHATIAN] Hanya 5-minit percuma lalu, selepas 5-minit RM10 akan dicaj, RM10 lagi lepas 5-minit yang seterusnya. Sila tinggal dan cancel job tersebut selepas 3-minit menunggu di Pickup Point, atau memberitahu penumpang untuk bersedia dahulu sebelum bertolak dari Landside.


KLIA (Main Terminal Building) – Level 1 (Door 3 & 4)

KLIA2 (Transportation Hub) – Level 1 (Door 5)


Minat Menjadi Pemandu GrabCar Di Malaysia?
Layari laman ini untuk maklumat dan proses lanjut.

https://grabcar-my.com


Credit:

  1. https://www.grab.com/my/blog/driver/ciri-klia-queue-allocation/
  2. https://grabdrivermy.com

Comments