How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2020

How To Register Grab Driver In Malaysia And Receive Free Start Up Credit
Due to the recent COVID19 pandemic, Grab has taken the initiative to comply to RMCO(Recovery Movement Control Order) SOP.  New drivers can now register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any Grab GDC nor Grab Kiosk. With the current Skip-The-Line and online verification process, you can register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process.

Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license. However, for new drivers without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time.

Follow the instructions below to register Grab Driver and our admins will assist you on your Grab Driver registration process and PSV regulation procedure.
Below are the states which have opening for new driver registration.
Kual…

Cara Untung Dan Tips Memandu Grab? (Tahun 2020 Grab Masih Boleh Untung?)

Cara Untung Dan Tips Memandu Grab? (Tahun 2020 Grab Masih Boleh Untung?)

Kemaskini terakhir: 20hb FEB 2020
Last Updated: 20th FEB 2020

Tujuan saya tulis post ini atas pertanyaan dari pemandu-pemandu yang didaftarkan bawah blog ini. 

Pandu Grab sekarang (2020) masih untung?
Keuntungan banyak sikit ini adalah persepsi masing-masing. Contohnya RM5000 adalah sikit kepada seorang peguam ataupun doktor tetapi banyak kepada seseorang pemuda fresh-grad atau tidak mempunyai ijazah yang tinggi.

Income Grab boleh dapat berapa sekarang?
Grab ini PERLU dianggap sebagai bisnes anda. Bila anda buat bisnes, adakala untung adakala rugi. Purata anda boleh menjana RM20-40 sejam. Pendapatan yang anda jana terpulang kepada berapa lama anda memandu di luar. Disiplin adalah penting dalam kerja ini. Jangan disebabkan kita kata flexible hour. Anda boleh bangun pukul 11am, drive 3-jam lepas itu lepak mamak 2-jam. Kalau drive begini, anda akan menghadapi kesukaran mencapai target pendapatan anda.

Set target sama ada dari segi kutipan RM (Contoh RM250) atau Jam Memandu (5am-6pm). Kenapa target itu penting? Seperti bekerja untuk mana mana syarikat. Kita perlu ada target untuk mencapai baru kita akan lebih tekun. Kalau tak ada target, mungkin hari ini you drive 4am-11pm, lepas itu you terlalu penat tidur dan bangun esok 12pm.  Anda akan rugi income setengah hari.

Saya seorang Grab Driver baru, apa saya patut buat?

Paling penting bagi seorang pemandu baru ialah baca dan fahamkan apa yang diajar di dalam Grab Online Academy masa you daftar. Kebanyakan pemandu baru TAK BACA, main langgar sahaja sebab terlalu yakin pada diri sendiri.

Baca dan fahamkan peraturan dahulu sebelum bermula, tip-tip asas seperti:
  1. Jangan bawa penumpang kedua masa online cari job sama ada isteri ke, adik ke, ayah ke, termasuk bayi! Bila you online, pastikan anda memandu seorang diri. 
  2. Cancellation Rate(AR) jangan lebih 10% setiap minggu. Jangan cancel sesuka hati (tak nak pergi,jauh sangat, dekat sangat, fare rendah dan sebagainya). Sistem akan pantau dan bandingkan CR anda dengan semua pemandu. TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL jika pemandu salah guna butang Cancel.
  3. Jangan paksa penumpang cancel trip sebab anda tak nak CR anda terjejas (Sistem tahu apa you buat).
  4. Bayaran Tol adalah dibayar penumpang, google Grab Tol kalau tak faham.
  5. Pemandu Grab Wanita tidak digalakkan memandu pada waktu malam 11pm-6am.
  6. Jangan online di atas highway untuk mengelakkan job masuk bersepah yang akan menyebabkan pickup jauh atau perlu lalu toll. Elakkan highway kalau anda nak online setiap masa, guna jalan biasa antara bandar.
Kalau terbuat apa-apa kesilapan? Report Customer Support secepat mungkin.
Grab Support: 03-82303000 / 1300-80-6688. (Save nombor dalam contact anda)

Jika ada penumpang cuba gaduh, mengambil kesempatan atas apa-apa segi duit tamban,tangguh masa, manipulasi destinasi tanpa mengikuti aplikasi. JANGAN GADUH DENGAN PENUMPANG. Call Customer Support dan letak loudspeaker, biar admin uruskan penumpang tersebut untuk anda. Hanya hubungi pihak polis dalam situasi terdesak.

Apa perlu dibawa masa memandu Grab?
  1. Anda perlu berpakaian sopan. T-Shirt dan seluar panjang digalakkan. 
  2. Anda perlu sediakan duit kecil, cadangan RM1 x 20, RM5x 4 , RM10x4, RM20x2. Ada pemandu merungut kita bukan 7-eleven. Tapi jangan lupa, kamu jalankan bisnes dengan platform Grab.
  3. Pastikan kereta anda sentiasa KOSONG untuk mengelakkan kecurian barangan anda.
  4. Berhati-hati dengan duit palsu. Nota RM100/50/20. Gosok ke cium bau ke, jangan rasa malu nak check.
  5. Kalau boleh sediakan pepper spray untuk melindungi anda. Ace Hardware ada jual, harga bermula RM10+ ke RM100.
  6. Childlock Pintu Belakang Driver-side. Kenapa? Buat demikian anda hanya perlu jaga keselamatan sebelah kiri sahaja bila nak turunkan penumpang. You tak nak penumpang buta mata buka pintu tanpa lihat belakang, pintu dilanggar kereta lain. Grab TIDAK akan mengambil tanggungjawab sebab ini dikira kemalangan am.
  7. Berhati-hati dengan booking yang mencurigakan. PASTIKAN setiap tempahan mempunyai penumpang, JANGAN hantar barang sahaja tanpa penumpang sebab kena tahan polis, kalau ada dadah atau benda haram, pemandu akan TANGGUNG kesalahan tersebut.
  8. Trip MULTISTOP dengan tambang yang melampau TINGGI(RM500 ke atas) dan dibayar dengan GRABPAY. Cancel dan Report trip tersebut. JANGAN patuh arahan penumpang sebab mereka adalah sindiket menipu syarikat Grab dan Pemandu Grab.
Soalan dan Jawapan Lazim Tentang Jenis Grab.
  1. JustGrab/GrabCar boleh naik 4-penumpang maximum
  2. GrabShare minimum 1 maximum 2. Anda boleh dapat up to 3 bookings sekali gus. Jika penumpang letak 1 orang tapi 2 orang naik, anda perlu suruh dia cancel dan book semula.
  3. Grab 6 Seater boleh naik 6-penumpang maximum atau 4 penumpang dengan luggage besar.
  4. Grab Plus hanya untuk kereta terpilih dan hanya berfungsi di KL Selangor, Penang dan Johor Bahru.
  5. Tambang RM5 boleh naik berapa penumpang?
    1. Tambang ditunjuk di app adalah tempahan sebuah kereta bukan mengikut bilangan penumpang.
    2. Sama juga dengan luggage, anda TIDAK boleh caj lebih sebab ada luggage.
  6. Job Multi Stop. Penumpang hanya boleh berhenti di Dropff 1 selama 3-minit sahaja! Maksudnya fungsi Multi Stop adalah untuk menurun atau mengambil penumpang extra. BUKAN untuk drive thru McD, ATM bank, 7eleven, shopping. Sekiranya penumpang anda tidak muncul atau menyebabkan anda tunggu lebih dari 3-minit. Call CS dan report kepada CS. CS akan cancel trip tersebut untuk anda dan membayar setengah dari jumlah fare sebagai ganti di cash wallet. Pastikan anda mengikut langkah yang disuruh CS.
  7. Apa perlu dibuat kalau penumpang nak tukar DROPOFF Point?
    Penumpang WAJIB menukar di dalam aplikasi mereka. Jika anda dropoff di tempat selain dari apa ditunjuk dalam aplikasi Grab Driver anda. Account anda akan dilock dari menerima trip minimum 60-minit. Pemandu Grab WAJIB mengikuti point A-B dalam aplikasi.
Pandu Grab perlu PSV?
Wajib lepas 11th July 2019 atas arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Rujuk post di bawah.

https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/03/grab-mot-anthony-yb-loke-siew-fook.html

[Update] April 2019 Grab telah umum bahawa PSV adalah wajib mulai 12 Julai 2019. Rujuk post di bawah untuk maklumat lanjut.
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/04/grab-psv-2.html

Kereta saya. Boleh dapat Grab Premium tak?Apa itu Grab PLUS, Grab Executive?
Sila google list kelayakan Grab Premium. 
https://grabdrivermy.blogspot.com/2017/12/grab-eligible-cars-list.html

Ramai pemandu check Driver App tak nampak Grab Plus Grab Premium terus stop drive. Selepas itu Grab sistem detect account tidak aktif dan terminate account pemandu tersebut. Saya hanya boleh komen, sikap ini tidak akan membawa anda kemana-mana. Baca syarat kenderaan anda dalam post di atas sebelum mengambil keputusan untuk tak drive. Rezeki dimana-mana, anda tidak perlukan Grab Plus Grab Premium untuk mencari rezeki. 

Apa itu Driver Rating (DR)
Driver Rating adalah rating yang penumpang bagi lepas trip tersebut completed. Purata akan menjadi lebih stabil selepas 100 rated trips (Trip yang penumpang anda beri rating sahaja)
  1. Kurang dari 4.7, Bonus dan insentif akan forfeit.
  2. Kurang dari 4.5, Account anda akan kena suspend/banned
Purata Pemandu maintain rating 4.8 ke atas, jangan risau sangat sebab tak dapat 5.00. Anggap Driver Rating ini macam angin tayar kereta anda. Tak perlu risau sangat, tapi sentiasa check pastikan pressure tak terlalu rendah. Tak perlulah sampai tahap belanja makan minum. Kalau boleh tak perlu sembang banyak dengan penumpang, cakap banyak salah banyak kan. 

Tips-tips asas maintain rating driver.
  1. Jangan pandu laju sangat, highway max 110-120km/h cukup. Hati-hati dengan AES/Speedtrap
  2. Jangan laju di Speedbump dan Cornering, anggap je penumpang anda orang tua kamu.
  3. Jangan rokok di dalam kereta. Tiada orang suka duduk dalam kereta perokok kan. 
Grabpay/Cash Wallet berapa hari baru masuk bank lepas click Transfer to Account?
2-3 Hari Bekerja. Bila you dah drive banyak trips, kadang kala pagi cashout, petang dah masuk bank account.

Fare Job GrabPay yang melebihi RM100 akan mengambil masa lebih kurang 2-3 hari untuk credit ke Cash Wallet ada. Tak perlu panik jika dapati duit tak masuk dalam Cash Wallet selepas dropoff.

Kenapa Cash Out saya tak masuk lepas 3-hari bekerja?

  • Account nombor dan Nama Bank salah masa you isi borang pendaftaran.
  • You tak isi NAMA PENUH masa isi borang pendaftaran. Kerap berlaku sebab ramai tak tahu nama penuh sendiri. Kalau nama IC, ALI BIN ABU, jangan isi ALI sahaja atau SIVA A/L KUMAR, isi KUMAR sahaja. 
  • Nombor IC salah isi di borang pendaftaran

Call 1300806688 untuk kemaskini detail bank anda.

Kenapa ada pemandu dalam group saya dapat Grab Kit, lampu, sticker, surat dan sebagainya tetapi saya tak dapat?
Sebab anda tidak isi ALAMAT SURAT-MENYURAT PENUH dalam borang pendaftaran. Ramai pemandu isi PETALING JAYA, PUCHONG sahaja. Admin nampak alamat begini akan terus reject dan teruskan proses penghantaran dengan pemandu lain.

Call 1300806688 untuk kemaskini detail anda.

Grab ambil 20/25% komisen. Mahal lah.
Cuba anda fikir, anda tidak perlu buat apa-apa. Online dan dapat job terus. Kenapa? Sebab Grab dah berbelanja berjuta ringgit dalam kos pemasaran di seluruh Malaysia dan kos pemasaran dan pengendalian aplikasi adalah mahal.

Kita berniaga kena bayar lesen, bayar sewa juga kan sebab platform yang disediakan. Ada yang cakap Cuckoo tak perlu modal pun. Saya hanya boleh jawab cubalah buat Cuckoo tanpa modal. 


Adakah Grab majikan kita?
Bukan. Secara rasminya, anda adalah seorang kontraktor yang menggunakan platform Grab untuk menjana pendapatan. Oleh itu Grab mempunyai hak untuk menamatkan kontrak/account anda jika anda didapati melanggar peraturan yang ditentukan. 

Macam-mana nak tahu kita ada buat kesilapan?
Biasanya Grab System akan hantar SMS kepada anda atau memberitahu anda melalui Notification di Grab Driver App. Oleh itu bila anda dapat SMS Warning dari Grab, JANGAN ABAIKAN. 
SMS WARNING>3 HARI SUSPEND>1 MINGGU SUSPEND>1 BULAN SUSPEND>3BULAN SUSPEND>PERMANENT BANNED (RAYUAN TIDAK DITERIMA)

Kalau lalu roadblock, penumpang tidak ada permit atau passport. Apa perlu dibuat?
Jangan panik. Beri kerjasama penuh kepada pihak polis. Tunjuk aplikasi job screen anda kepada polis beritahu anda pemandu Grab. Polis hanya akan menahan penumpang tersebut, polis ada kala akan mengarah penumpang tersebut untuk bayar tambang kepada you. Kalau tidak, call 1300806688 untuk lapor kepad Grab.

Kalau saya mengalami kemalangan semasa memandu dan online Grab. Apa perlu saya buat?
Langkah pertama ialah pastikan anda dalam keadaan yang selamat, selepas itu call 1300806688 untuk melaporkan kejadian tersebut.

Tentang laporan polis, JANGAN beritahu dalam laporan anda sedang memandu Grab. Ini akan menjejaskan insuran claim anda. KECUALI anda ada beli polisi Perlindungan E-Hailing.

Bolehkah saya memandu di negeri atau bandar lain?
Boleh, hanya selepas anda melengkapkan 30-trips pertama di NEGERI ANDA DAFTAR. Account anda akan diaktikan kepada Multi-City account. Anda tidak perlu daftar semula. Online sahaja dan terus dapatkan message Selamat Datang dari Bandar anda online.

Penumpang mengotorkan kereta saya (makanan tumpah, muntah, berak, kencing dan sebagainya)
Call CS 1300806688 untuk tebus duit cuci (Maksimum RM150).
https://grabdrivermy.blogspot.com/2018/08/grab-claim-tuntutan-muntah-vomit.html
Apakah itu Aplikasi Mod App yang dibincangkan diluar?
Baca post ini
https://grabdrivermy.blogspot.com/2019/05/grab-mod.html

Penumpang tanya ada resit tak?
Suruh penumpang anda check dalam email dia.

Apa perlu saya buat jika penumpang tercicir/tertinggal barang di dalam kereta anda?
Kalau anda terjumpa barangan tersebut, simpan dulu. Anda ada beberapa pilihan.
Hantar balik kepada penumpang kalau masih dekat. Kalau jauh sangat anda harus caj ikut tambang Grab mengikuti app. Pastikan penumpang setuju dengan harga dahulu. Anda juga boleh tempah Grab dan hantar ke penumpang, penumpang akan bayar tambang tersebut.

Kalau penumpang tidak setuju dengan apa-apa bayaran. Hantar balik ke HQ di Grab GDC Axis.

Report mengikut langkah di dalam link ini.
https://help.grab.com/driver/en-my/articles/115007747967


Penumpang TAK MUNCUL macam mana?

Cancel. Ikut langkah anda belajar dalam Grab Online Academy. 

Untuk Mendapat Tebusan RM3. 
HANYA tekan I'm Arrived bila you dah sampai di Pickup Point. 

KALAU app tanya are you sure you have arrived? KLIK NO dan alih kereta lebih dekat dengan pickup point. KLIK YES anda TIDAK AKAN dapat tebusan RM3 tersebut.

Kalau BERJAYA klik di I'm Arrived. Butang I'm Arrived akan bertukar kepada Pick Up serta merta. Tunggu 5-6min tanpa bergerak. Click Cancel Passenger No Show. RM3 akan dikredit ke dalam Cash Wallet Anda.

Kalau GPS masih tak lock, kill dan restart app cuba semula.

Secara purata, setiap pemandu hanya dapat CANCEL NO SHOW 8-10 kali seminggu. Sebab mengikuti sistem Grab, ini adalah anggaran dari setiap pemandu untuk mengelakkan pemandu salah guna CANCEL NO SHOW dan menipu tebusan RM3 ini.

Terima Kasih

Sekiranya anda ingin mendaftar atau merujuk kawan untuk menjadi Grab Driver. Rujuk post di bawah.

Daftar Pemandu Grab Driver melalui borang di bawah atau terus WhatsApp ke nombor ini 60163168357.

1) Kenapa daftar Grab Driver melalui borang di bawah? 
Jika anda mendaftar melalui borang di bawah, anda akan mendapat Kredit Percuma RM20 dan akaun anda akan diaktifkan dalam masa 24-jam. Selain itu, anda juga akan dimasukkan dalam WhatsApp Group Pemandu Grab (Bahasa Melayu, English, Cina) yang dilatih oleh admin-admin group ini. Selain itu, kami juga ada Group Pemandu Wanita, untuk golongan pemandu wanita yang lebih selesa berbincang sesama pemandu wanita.



2) Bolehkah saya daftar Pemandu Grab di HQ / Office direct?
Boleh, tetapi sekiranya anda mempunyai masalah dengan pendaftaran atau semasa memandu sebagai Grab Driver. Anda tidak akan mendapat sebarang pertolongan dan sokongan daripada mana-mana pihak admin group ini. HQ juga tidak akan menyediakan group untuk apa-apa kemusykilan yang bakal anda hadapi.
Pemandu yang daftar di HQ perlu beratur berjam-jam untuk bertanya tentang isu-isu mereka.

3) Saya telah daftar melalui laman web Grab / Grab Driver app. Tetapi akaun saya masih belum aktif lagi. Apakah yang saya perlu buat?
Anda boleh WhatsApp admin direct 60163168357. Admin akan menolong anda untuk mengaktifkan akaun Grab Driver.

Borang Pendaftaran Grab Driver (Android / IOS) :
http://daftar.grabdrivermy.com 

http://bit.ly/grabmyreg_klselangor


Aplikasi Pendaftaran KL Selangor Driver Registration (Android): 
https://grabdrivermy.com


Aplikasi Pendaftaran KL Selangor Driver Registration (Android): 
http://app.grabdrivermy.com

http://bit.ly/grabmyreg_appklselangor

Pertanyaan dalam group whatsapp: 

whatsapp.grabdrivermy.com.


Terima Kasih

Comments