Pihak mana yang bayar toll semasa di dalam perkhidmatan GrabCar?
Jawapannya ialah penumpang yang membayar toll. Grab tidak seperti Uber menambah kadar toll secara automatik di dalam e-resit.
Dengan perkhidmatan GrabCar, Grab Driver harus ingat setiap toll yang dilalui. Masa dropoff passenger di lokasi dropoff, masukkan jumlah toll di bahagian Tolls & Others dalam e-resit.
Untuk tempahan tunai/cash, pemandu Grab harus mengambil tambang dan toll manakala untuk tempahan GrabPay, pemandu hanya perlu masukkan tambang toll di dalam e-resit dan tekan submit, tak perlu minta dari penumpang.
Oleh itu, kos toll adalah di bawah tanggungan penumpang dan tidak patut membebankan pemandu Grab terutamanya pemandu KL Selangor.
Hanya toll yang dilalui bersama penumpang boleh dimasukkan ke dalam resit tambang, bukan tambang tol yang "on the way" ke pickup point.
APA PERLU DIBUAT KALAU PENUMPANG TAK NAK LALU TOLL?
Mengikut peraturan GrabCar. Driver dan Passenger kena ada persefahaman.atau mutual understanding atas route yang kita pilih.
Tips admin untuk mengatasi masalah ini adalah, selepas anda accept job, check destination A ke B sama-ada lalu toll atau tidak, agak berapa toll kena lalui (berdasarkan pengalaman anda)
Kemudian, call atau chat dengan passenger secara sopan samaada mereka bersetuju untuk melalui toll. Kalau mereka tak bersetuju, anda berhak untuk cancel trip tersebut untuk mengelakkan perselisihan faham yang akan berlaku nanti.
Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi bergaduh dengan passenger disebabkan oleh bayaran toll.
Jika masih ada perselisihan faham, hubungi CS 0327881300 untuk bantuan lanjut.
UPDATE 2019
Penumpang WAJIB dan harus mengikut laluan toll yang ditunjuk pada WAZE/Google Map. Ini kerana kadar tambang Grab adalah dikira mengikut laluan yang paling munasabah dan masa yang paling singkat.
Soalan Lazim
Apa perlu dibuat jika penumpang tidak munasabah dan enggan membayar toll?
Pemandu Grab mesti membawa bertenang dan jangan bertengkar dengan penumpang. Ikut laluan yang ditunjuk pada Waze/Google. Bayar toll tersebut sendiri, lepas dropoff penumpang. Report trip tersebut di Help Centre mengikut langkah di bawah dan menebus balik tambang toll dibayar tadi.
Pihak Grab akan mengambil tindakan kepada penumpang yang enggan membayar toll kemudian.
Siapa bayar toll yang kita lalu MASA KE PICKUP POINT?
Kalau anda lalu toll masa ke pickup point passenger. GRAB yang bayar. Jangan ambil dari penumpang.
Macam mana nak claim bayaran toll tersebut?
Lepas dropoff trip tersebut, report trip tersebut dalam Support > Help Centre. Kalau boleh screenshot lokasi GPS anda sebelum pergi ke pickup point, terangkan di dalam report tersebut. Grab akan balas email dalam masa terdekat.
Tetapi jangan sesekali tunggu job di sebelah toll dan cuba exploit tebusan ini. Grab akan ambil tindakan terhadap pemandu yang salah guna fungsi ini.
Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan untuk tambang / caj tol?
Apabila penumpang anda tidak membayar tambang dan/atau caj tol, anda perlu melaporkan ID tempahan kepada kami dengan segera.
*Sila ambil perhatian, pampasan ini tertakluk kepada semakan kami kerana setiap situasi akan berbeza antara satu sama lain.
** Semua tuntutan mesti dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian.
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan di dalam aplikasi pemandu Grab:
Tekan ‘Bantuan/Help’ di dalam aplikasi Grab Driver anda
Tekan ‘Pusat Bantuan/Help Centre’
Tekan ‘Report a past trip issue’
Tekan ‘Payment or Trip Issue’
Tekan ‘My passenger didn’t pay’
Pilih trip di mana penumpang tidak membuat bayaran
Tekan link di sini untuk membuat tuntutan menggunakan laman web.
___________________________________________________________________________-
Anda berminat mendaftar sebagai Grab Driver?
Klik dan layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut.
Saya dapat job masa atas highway tol, dah call CS utk claim tapi grab cakap kena tanggung sendiri
ReplyDeleteAdmin akan semak dan pastikan lokasi anda tetap pada masa job masuk. Bukan dalam keadaan bergerak.
DeletePemandu tidak digalakkan online semasa berada di atas lebuhraya sehala.