How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Grab Daily Insurance (GDI) : Insuran Harian E-Hailing (Updated 2024)

Insurans E-Hailing Yang Sah (Panel Grab)

grab daily insurance ehailing


INSURAN E-HAILING adalah syarat WAJIB yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dikuatkuasa bermula 12 OKT 2019 kepada semua pemandu E-hailing di Malaysia.

SYARIKAT INSURAN BUKAN PANEL GRAB (NON-PANEL INSURANCE)
Antara syarikat yang bukan panel E-Hailing adalah TAKAFUL MALAYSIA, TUNE PROTECT, AIG INSURANCE, PACIFIC&ORIENT dan RHB INSURANCE. Pemandu WAJIB batal/terminate roadtax dan polisi insuran dan tukar ke syarikat panel Grab. Rujuk hujung post untuk cara dan langkah.

PANEL INSURAN GRAB
Pastikan syarikat insuran kereta yang anda digunakan untuk pandu Grab adalah syarikat di bawah Panel Grab. Pastikan syarikat insuran kereta anda adalah salah satu syarikat dari senarai di bawah. Hanya syarikat insuran di dalam senarai Grab Panel menyediakan perlindungan E-Hailing harian / Grab Daily Insurance.
ADAKAH ETIQA GENERAL/TAKAFUL DI BAWAH PANEL GRAB?
Untuk masa sekarang, syarikat Etiqa MASIH menyediakan perlindungan E-Hailing TETAPI hanya perlindungan E-Hailing harian sahaja. Mereka hanya TIDAK menyediakan perlindungan E-Hailing tahunan.
SYARIKAT INSURAN KERETA SAYA YANG TIDAK ADA DI DALAM SENARAI PANEL GRAB DAN NON PANEL GRAB (Contoh: TAKAFUL IKHLAS, PACIFIC&ORIENT etc)
Untuk syarikat insuran seperti TAKAFUL IKHLAS, anda boleh hubungi syarikat insuran untuk semak samaada mereka mempunyai perlindungan E-HAILING tahunan. Kebanyakan syarikat yang tidak tersenarai di dalam Panel Grab dan Non Panel Grab menyediakan perlindungan E-Hailing tahunan.
grab daily insurance ehailing

INSURANS E-HAILING TERBAHAGI 2 KATEGORI:

  • ANNUAL EHAILING INSURANCE 
  • DAILY EHAILING INSURANCE
ANNUAL E-HAILING INSURAN – Polisi insuran ini ditawarkan oleh Syarikat Panel Grab yang tidak mempunyai Insuran E-Hailing Harian (GDI) sahaja. Anda perlu membeli polisi insurans ini dengan bayaran anggaran RM300-400 bergantung pada syarikat insurans tersebut. Bandingkan harga antara senarai panel insurans Grab di atas mengikuti bajet anda dahulu sebelum membeli insurans E-hailing secara tahunan.
DAILY E-HAILING INSURAN – Polisi insuran ini ditawarkan oleh syarikat insuran panel Grab terpilih sahaja(Dalam gambar di atas). Polisi ini sesuai untuk pemandu GrabCar yang ingin memandu Grab secara sambilan (Part Time).

Kelebihan Grab Daily Insurance (GDI)

  • Anda hanya membayar insurans ketika anda online SAHAJA.
  • Perlindungan ini sah untuk 24-Jam bermula dari masa anda klik ONLINE
  • Insurans e-hailing akan melindung anda semasa anda memandu Grab dalam tempoh masa ini
  • Anda hanya perlu opt-in untuk Insurans Harian E-hailing Grab melalui aplikasi pemandu.
  • Anda TIDAK perlu membeli insurans e-hailing tahunan.
Kekurangan Grab Daily Insurance (GDI)
  • Lebih mahal sekiranya anda selalu online dan pandu GrabCar. 
  • Tidak sesuai untuk sepenuh masa contoh 52 minggu x 5 hari = 260 hari. Lebih mahal jika guna Daily Insurance.

SENARAI SYARIKAT INSURANS PANEL DENGAN GRAB (UNTUK OPT IN SECARA HARIAN @ ADD ON TAHUNAN E-HAILING) - KEMASKINI 2024

1. CHUBB  *RM3.00*
2. ALLIANZ *RM3.00*
3. AXA AFFIN *RM3.20*
4. AMASSURANCE @ KURNIA *RM3.00*
5. MPI GENERALI *RM3.18*
6. TOKIO MARINE *RM3.30*
7. Liberty Insurance *RM3.30*
8. MSIG *RM3.90*
9. BERJAYA SOMPO *RM3.00*
10. ZURICH @ ZURICH Takaful *RM1.33*
11. ETIQA @ ETIQA Takaful *RM5.00 (DAILY SAHAJA)*

*NOTA: Add-On ANNUAL E-HAILING adalah TIDAK wajib sekiranya pemohon mengguna syarikat insurans tersenarai di atas.



Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Insurans E-hailing Harian Grab?

Langkah 1: Opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab atau rujuk pada admin pendaftaran anda.





PERHATIAN: Jika Syarikat Insuran anda TIDAK menawarkan insurans e-hailing seperti (TAKAFUL MALAYSIA), anda TIDAK boleh memandu untuk Grab.
Langkah 2: Cara Bayaran GDI.
PENOLAKAN PREMIUM HARIAN: Premium harian akan ditolak daripada CASH WALLET atau CREDIT WALLET anda, bergantung kepada baki dompet pemandu anda.

Penolakan akan dilakukan daripada dompet tunai terlebih dahulu
 jika baki dompet tunai mencukupi untuk membayar kos premium harian. Jika baki dompet tunai tidak mencukupi, penolakan akan dilakukan daripada dompet kredit.












Senario A:Insurans harian akan diaktifkan selepas penolakan premium harian. Setiap penolakan akan melindungi anda selama 24 jam.
Contoh: Selepas penolakan premium, anda akan dilindungi sepanjang masa dalam tempoh 24 jam, tidak kira jika anda online atau offline. Jika anda online bermula dari pukul 8am pada 12 Julai 2019, anda akan dilindungi sehingga pukul 8am pada 13 Julai 2019.
Senario BAnda tidak perlu membayar insurans kalau anda offline setiap hari.

Bahagian 3: Harga, Maklumat Perlindungan dan Tuntutan untuk Insurans E-hailing Harian GrabTuntutan

Anda cuma boleh membuat tuntutan jika anda terlibat di dalam kemalangan semasa anda sedang melengkapkan tempahan Grab atau semasa status anda untuk menerima tempahan aktif*.

*Rakan-pemandu online dan sedia untuk menerima tempahan dengan mengekalkan baki minimum (RM10) di dalam dompet kredit sepanjang masa.
Untuk membuat tuntutan anda, sila hubungi pembekal insurans anda.Jika insurans anda tidak disenaraikan di atas atau jika anda sudah membeli insurans tahunan, tekan sini untuk maklumat mengenai langkah seterusnya.
______________________________
CARA TUKAR SYARIKAT INSURAN KERETA ANDA

Sekiranya syarikat insuran kereta anda bukan di bawah Panel E-Hailing seperti TAKAFUL MALAYSIA, TUNE PROTECT, RHB INSURANCE,PACIFIC&ORIENT dan AIG INSURANCE . Anda WAJIB batal insuran tersebut dan tukar ke syarikat panel E-Hailing seperti tertera di gambar atas untuk meneruskan proses permohonan.

[PERHATIAN] TAKAFUL MALAYSIA adalah TIDAK SAMA dengan Takaful Ikhlas atau Etiqa Takaful. 
1) TERMINATE/BATAL ROADTAX
Hadir ke Cawangan JPJ berdekatan, pastikan anda adalah pemilik kenderaan atau anda perlukan dapatkan surat wakil dari pemilik untuk proses pembatalan Roadtax Kereta di Cawangan JPJ. Sila bawa GERAN kereta dan Roadtax asal yang ada pada cermin kenderaan untuk diserahkan pada kaunter JPJ.

2) TERMINATE/BATAL INSURAN LAMA ( Non-Grab Panel Insuran)
Sila pastikan anda adalah pemilik kenderaan atau anda perlukan dapatkan surat wakil dari pemilik untuk proses pembatalan Insurans. Segala proses pembatalan perlu dibuat di HQ syarikat insurans berkenaan untuk melengkapkan proses pembatalan. Anda juga akan menerima semula baki pembayaran wang insurans kenderaan sedia ada bergantung Jumlah Baki bulan insuran berkenaan.


3) BELI POLISI INSURAN BARU
Beli dari cawangan/agent insuran berdekatan dan PASTIKAN anda memilih syarikat salah satu dari senarai panel insuran Grab di atas.

4) RENEW ROADTAX BARU DI CAWANGAN JPJ
Cetak dan bawa bersama Salinan Covernote Insuran baru dari pihak insurans untuk pembaharuan roadtax baru.

5) RUJUK ADMIN PENDAFTARAN UNTUK KEMASKINI DOKUMEN INSURAN
WhatsApp admin pendaftaran anda untuk kemaskini butiran dan dokumen insuran yang telah ditukar. Admin akan proses permohonan anda semula.


TAMAT

TERIMA KASIH.

Minat Menjadi Pemandu GrabCar Di Malaysia?
Layari post di bawah untuk maklumat lanjut.
https://grabdrivermy.blogspot.com/2018/06/daftar-grab-driver.html




Comments

  1. etiqa insurance boleh opt in daily ka sekarang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etiqa/Etiqa Takaful masih ada perlindungan E-Hailing. Mereka hanya ada insuran E-hailing harian sahaja, tiada E-Hailing tahunan.

      Delete

Post a Comment