Cara Memohon Lesen PSV untuk Grab (PSV Bersama Grab PERCUMA)
- Get link
- X
- Other Apps
Panduan Memohon Lesen PSV Untuk GRAB - (Kemaskini 2026)
Di bawah adalah DUA (2) cara memohon Lesen PSV (Public Service Vehicle) di Malaysia:
-
Institut Memandu
(Panel Grab & Bukan-Panel Grab) -
Grab GDC – Grab Driver Centre
(PSV Rasmi Grab) — hanya di kawasan:- Selangor
- Johor Bahru
- Penang
- Melaka
- Ipoh
Harga kursus PSV di Grab GDC (Kuala Lumpur/Selangor, Johor Bahru, Penang, Melaka dan Ipoh) serta institut memandu Panel Grab adalah PERCUMA.
Manakala harga PSV di institut memandu Bukan-Panel Grab adalah berbeza mengikut lokasi dan negeri, dengan anggaran sekitar RM80 – RM200. (Sila rujuk institut memandu untuk harga terkini.)
[MAKLUMAN JPJ]
Sila ambil maklum bahawa kursus PSV TIDAK mempunyai kelas online. Kursus PSV hanya dijalankan secara fizikal/bersemuka sahaja.
Mana-mana lesen PSV yang diperoleh secara online tanpa menghadiri kursus fizikal adalah lesen palsu atau lebih dikenali sebagai lesen terbang dan tidak sah di sisi undang-undang.
Pemohon yang menghadiri kursus PSV di:
- Institut Memandu Panel Grab layak menerima tebusan subsidi 100%
- Grab GDC juga layak menerima tebusan subsidi 100%
Ini bermakna kursus PSV di:
- Grab GDC, dan
- Institut Memandu Panel Grab
adalah PERCUMA (slot terhad) walaupun jumlah deposit sekuriti mungkin berbeza mengikut lokasi.
Bagi pemohon yang menghadiri kursus PSV di Institut Memandu Bukan-Panel Grab, subsidi maksimum sehingga RM100 boleh dituntut.
Sila hubungi admin pendaftaran di +60163168357 SELEPAS menghadiri kursus PSV bagi urusan:
- pengesahan subsidi PSV, dan
- permohonan permit EVP Grab.
Di bawah adalah aliran cara permohonan melalui:
- Institut Memandu (Panel Grab & Bukan-Panel Grab), dan
- Grab Driver Centre (GDC).
1) MEMOHON LESEN PSV DI INSTITUT MEMANDU

BORANG MEDICAL PERMOHONAN LESEN PSV
Download dan cetak Borang Pemeriksaan Medical JPJL8A:
Lengkapkan borang tersebut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik swasta berdekatan.
Kos pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan adalah sekitar:
- RM50 – RM80 (bergantung kepada klinik masing-masing)
⚠️ PENTING
- HANYA klinik swasta menerima pemeriksaan JPJ untuk PSV.
- Klinik/hospital kerajaan TIDAK menerima pemeriksaan kesihatan komersial.
- Penalti sehingga RM150 boleh dikenakan sekiranya hadir ke fasiliti yang tidak menerima pemeriksaan tersebut.
PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK
Bawa Borang JPJL8A ke klinik swasta berdekatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan baik dan layak untuk memohon Lesen PSV.
DAFTAR KURSUS PSV DI INSTITUT MEMANDU
Selepas selesai dan lulus pemeriksaan kesihatan, bawa Borang JPJL8A ke institut memandu pilihan anda untuk proses pendaftaran Kursus PSV 6/8-Jam.
Semak senarai institut memandu yang menawarkan kursus PSV:
- Panel Grab:
https://bit.ly/3NuJ7Pq - Bukan-Panel Grab:
https://www.jpj.gov.my/senarai-institut-memandu-selangor/
SUBSIDI KURSUS PSV
- Institut Memandu Panel Grab → layak subsidi sehingga 100%
- Institut Memandu Bukan-Panel Grab → subsidi maksimum RM100
⚠️ Subsidi adalah tertakluk kepada terma, kuota dan kelulusan semasa.
AMARAN PENIPUAN
⚠️ DILARANG membuat bayaran melalui:
- online transfer,
- WhatsApp,
- orang tengah / runner,
bagi mengelakkan skim penipuan.
Pastikan semua bayaran dibuat terus di kaunter institut memandu.
Sekiranya ada pihak meminta bayaran melalui WhatsApp, sila semak dahulu dengan admin pendaftaran:
WhatsApp: +60163168357
KURSUS PSV 6 JAM
Selepas pendaftaran selesai, institut memandu akan memberikan tarikh kursus PSV anda.
Waktu Kursus
- Pendaftaran kehadiran: 8:00am
- Kursus PSV: 9:00am – 5:00pm
⚠️ Pemohon TIDAK dibenarkan masuk sekiranya hadir lewat selepas 8:45am walaupun hanya 3–5 minit.
Pegawai JPJ adalah tegas mengenai kehadiran.
Selepas tamat kursus, pemohon akan menerima:
- Sijil Kursus PSV (JPJL2C)
untuk urusan pendaftaran Kad PSV di JPJ.
APA PERLU DIBAWA UNTUK KURSUS PSV
- Kad pengenalan
- Pen biru
- Buku nota
- Berpakaian kemas:
- pakaian berkolar
- seluar panjang
- kasut bertutup
LANGKAH TERAKHIR — BUAT KAD PSV DI JPJ
Selepas tamat kursus, sila tunggu sekitar 2–3 hari bekerja sebelum hadir ke Cawangan JPJ Negeri untuk urusan pengeluaran Kad PSV.
- Cawangan JPJ, atau
- Ibu Pejabat JPJ Wangsa Maju
⚠️ Urusan PSV TIDAK boleh dibuat di:
- UTC
- Kiosk JPJ
DOKUMEN WAJIB DIBAWA KE JPJ
Pastikan semua dokumen di bawah lengkap:
- SIJIL KURSUS PSV (JPJL2C)
- BORANG MEDICAL (JPJL8A)
- RESIT PEMERIKSAAN KESIHATAN
- RESIT BAYARAN INSTITUT MEMANDU
- KAD PENGENALAN
SELEPAS MENERIMA LESEN PSV
Untuk pendaftaran kali pertama, sila hantar gambar Lesen PSV anda kepada admin pendaftaran untuk proses seterusnya seperti:
- Permohonan EVP (E-Hailing Vehicle Permit)
- Pengaktifan akaun Grab
- Subsidi kursus PSV
Pemohon TIDAK perlu hadir ke pejabat Grab untuk pengesahan.
WHATSAPP ADMIN PENDAFTARAN
+60163168357
Admin Pendaftaran GrabCar
2) MEMOHON LESEN PSV DI GRAB DRIVER CENTRE (GDC) - PSV RASMI GRAB - KUALA LUMPUR, SELANGOR, JOHOR BAHRU, PENANG, IPOH & MELAKA

Depositi sekuriti rasmi PSV Grab adalah sekitar RM75 atau mengikuti harga promosi semasa yang tertera di pautan rasmi Grab.
Harga tersebut termasuk:
- Kursus PSV 6-Jam
- Hidangan tengahari (Vegetarian & Non-Vegetarian)
LANGKAH 1 — DAFTAR PSV BERSAMA GRAB
Daftar kursus PSV melalui pautan rasmi Grab di bawah:
⚠️ Pastikan tarikh kursus dipilih adalah TEPAT kerana:
- REFUND / PEMBATALAN adalah TIDAK dibenarkan kecuali atas faktor kesihatan tertentu. Tertakluk kepada terma dan syarat di emel Grab
LANGKAH 2 — BUAT BAYARAN DEPOSIT
Selepas memilih tarikh kursus:
- Buat bayaran deposit kehadiran melalui FPX ke akaun rasmi: GrabCar Sdn Bhd
⚠️ Elakkan membuat bayaran kepada individu/orang tengah.
LANGKAH 3 — TERIMA EMAIL PENGESAHAN
Selepas pembayaran berjaya:
- Grab akan menghantar emel pengesahan pendaftaran
- SMS susulan biasanya akan diterima beberapa hari kemudian
JIKA PERMOHONAN PSV TIDAK LULUS
Sekiranya permohonan di sistem JPJ MySikap gagal disebabkan:
- Saman berlebihan
- Disenaraihitam JPJ
Your name has been blacklisted by JPJ
Pemohon dikehendaki hadir ke pejabat JPJ untuk menyelesaikan semua isu senarai hitam dan saman sebelum permohonan dapat diteruskan.
Setelah selesai, sila balas emel yang sama dengan melampirkan bukti serta resit bayaran. Permohonan hanya akan diproses selepas pengesahan daripada pihak admin PSV.
Bayaran akan dipulangkan ke akaun bank dalam tempoh sekitar 30 hari bekerja.
BORANG MEDICAL PERMOHONAN PSV
Download Borang Pemeriksaan Medical JPJL8A:
Lengkapkan borang tersebut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik swasta berdekatan.
Kos pemeriksaan kesihatan:
- Sekitar RM50 – RM80 bergantung kepada klinik masing-masing
⚠️ HANYA klinik swasta menerima pemeriksaan JPJ untuk PSV.
Klinik/hospital kerajaan TIDAK menerima pemeriksaan kesihatan komersial.
PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK
Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan SEBELUM menghadiri kursus PSV.
Bawa:
- Borang JPJL8A
- Kad Pengenalan
- Lesen Memandu
ke klinik swasta berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.
HADIR KURSUS PSV GRAB (6-JAM)
Hadir ke Grab Driver Centre (GDC) mengikut tarikh yang dipilih.
⚠️ WAJIB hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal.
Sekiranya lewat walaupun 1 minit:
- pemohon boleh ditolak masuk
- dan bayaran dianggap hangus / tiada refund
WAKTU KURSUS PSV
- Pendaftaran kehadiran: 8:00am
- Kursus PSV: 9:00am – 5:00pm
⚠️ Pemohon TIDAK dibenarkan masuk selepas 9:00am walaupun lewat 3–5 minit.
Pegawai JPJ adalah tegas mengenai kehadiran kursus.
Selepas tamat kursus:
- Pemohon akan menerima sampul yang mengandungi Sijil Kursus PSV (JPJL2C) dan dokumen penting untuk urusan Kad PSV di JPJ.
APA PERLU DIBAWA UNTUK KURSUS PSV
- Kad Pengenalan
- Pen biru
- Buku catatan
- Berpakaian kemas:
- pakaian berkolar
- seluar panjang
- kasut bertutup
LOKASI GRAB DRIVER CENTRE (GDC)
KUALA LUMPUR & SELANGOR
GRAB DRIVER CENTRE AXIS
Axis Business Campus, Section 51A, Petaling Jaya
Maps/Waze:
https://goo.gl/maps/Y24UB36Cy2nDBAVs6
JOHOR BAHRU
GRAB DRIVER CENTRE JOHOR BAHRU
Larkin Jaya, Johor Bahru
Maps/Waze:
https://goo.gl/maps/i3hZFR2zZ1uRCxKTA
IPOH
GRAB DRIVER CENTRE IPOH (AEON FALIM)
Maps/Waze:
https://maps.app.goo.gl/JzTWHAkUFP6gZXfq7
MELAKA
GRAB DRIVER CENTRE MELAKA
Maps/Waze:
https://maps.app.goo.gl/GvGvQsFEpai9UxEg8
PENANG
GRAB DRIVER CENTRE PENANG — UDINI SQUARE
Maps/Waze:
https://maps.app.goo.gl/PSQUTbwohBRvZnHE8
LANGKAH TERAKHIR — DAPATKAN KAD PSV DI JPJ
Selepas tamat kursus, sila tunggu sekitar 2–3 hari bekerja sebelum hadir ke Cawangan JPJ Negeri untuk urusan pengeluaran Kad PSV.
⚠️ Urusan PSV TIDAK boleh dibuat di:
- UTC
- Kiosk JPJ
DOKUMEN WAJIB DIBAWA KE JPJ
Pastikan semua dokumen berikut lengkap:
- SIJIL KURSUS PSV (JPJL2C)
- BORANG MEDICAL (JPJL8A)
- RESIT PEMERIKSAAN KESIHATAN
- RESIT BAYARAN KURSUS PSV
- KAD PENGENALAN
SELEPAS MENERIMA LESEN PSV
Untuk pendaftaran Grab kali pertama:
- Hantar gambar PSV (depan & belakang) kepada admin pendaftaran anda.
Admin akan membantu:
- Proses EVP (E-Hailing Vehicle Permit)
- Pengaktifan akaun Grab
- Subsidi kursus PSV
Pemohon baru TIDAK perlu hadir semula ke Grab GDC / Grab Hub untuk pengesahan lanjut.
WHATSAPP ADMIN PENDAFTARAN
+60163168357
Admin Pendaftaran GrabCar
GRAB EVP: EHAILING VEHICLE PERMIT/ PERMIT KENDERAAN E-HAILING
E-HAILING VEHICLE PERMIT (EVP) – PERMIT KENDERAAN E-HAILING
Sila rujuk kepada admin pendaftaran anda. Pihak admin akan menyemak butiran kenderaan seperti berikut:
- Gambar sijil pemilikan / geran kereta
- Nama pemilik kereta
- Nombor chassis
- Jenis kenderaan
- Jumlah tempat duduk
Pihak admin Grab akan membuat permohonan EVP bagi pihak anda. Selepas diluluskan, nombor EVP anda akan dipaparkan di aplikasi Grab Driver anda.
Dokumen diperlukan untuk permohonan Grab EVP:
- Geran JPJ kereta
- Gambar Kad PSV (depan & belakang)
TAMAT
Terima kasih.
WhatsApp Admin Pendaftaran: ++60163168357 (Admin 1)
SOALAN LAZIM
Q: Perlukah saya uruskan pengisytiharan JPJ dan Puspakom sebelum akaun aktif?
A: TIDAK. Pemohon tidak perlu uruskan terlebih dahulu kerana akaun masih belum mempunyai permit EVP yang sah. Sila maklumkan kepada admin pendaftaran sekiranya roadtax kenderaan anda akan tamat tempoh dalam masa 60 hari.
Q: Bila saya akan terima permit EVP yang sah?
A: Permit EVP fizikal hanya akan diterima SELEPAS pemandu menyelesaikan 30 tugas GrabCar di kawasan pendaftaran anda dalam tempoh percubaan 30 hari.
Q: Bila saya perlu uruskan deklarasi e-Hailing JPJ?
A: Deklarasi e-Hailing HANYA boleh diuruskan SELEPAS permit EVP aktif ATAU dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat roadtax.
DILARANG menguruskan deklarasi e-Hailing SEBELUM akaun aktif. Ini boleh menyebabkan roadtax kenderaan sangkut di sistem JPJ dan mengambil masa yang lama untuk pihak JPJ serta Grab menyelesaikan ralat tersebut.
Panduan Pengisytiharan Kenderaan e-Hailing Grab Malaysia
Q: Bila saya perlu uruskan pemeriksaan Puspakom e-Hailing?
A: Pemeriksaan Puspakom e-Hailing HANYA diperlukan untuk kenderaan berusia 3 tahun dan ke atas.
Pemeriksaan HANYA boleh dilakukan SELEPAS akaun aktif dan mempunyai permit EVP sehingga tarikh tamat roadtax seterusnya. Pemilik boleh menguruskan pemeriksaan dalam tempoh 30 hari sebelum tamat roadtax.
Pihak Puspakom TIDAK akan menerima kenderaan sekiranya tidak mempunyai permit EVP fizikal seperti dinyatakan di atas.
Q: Perlukah saya isi borang daftar Grab di tempat kursus PSV?
A: TIDAK. Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang kertas di institut memandu. Kebanyakan borang tersebut melibatkan pengumpulan data dan maklumat peribadi tanpa keperluan rasmi.
Semua permohonan Grab hendaklah dilakukan HANYA melalui aplikasi Grab Driver.
Contoh borang penipuan:
Layari post di bawah untuk maklumat lanjut:
Anda boleh rujuk syarat pendaftaran, dokumen diperlukan, proses Lesen PSV, permohonan EVP serta panduan pengaktifan akaun Grab Driver.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments




Can i ask why my registration on latihan PSV JPJ not successful . The SMS that say here is I have register on other institut memandu lain , but I do not register on other place. Can you help me solve this kes please
ReplyDeletePlease informed Mr. Alex via WhatsApp message at 0163168357. He will revert to you.
Delete