Skip to main content

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024

How To Register Grab Driver In Malaysia - Updated 2024 Register as GrabCar driver and start earning with your car today! New applicants can now  register Grab Driver for entire Malaysia without having to visit to any  Grab GDC nor Grab Kiosk . With the current Skip-The-Line and online verification process, applicants may register directly via the form below and our assigned registration admins will assist you throughout your registration process. Account activation in  5-working-days   for applicants with existing PSV License (Teksi/Ehailing) and e-hailing panel insurance! Under the act of Ministry Of Transportation (MOT) in Malaysia, all registered Grab Drivers are required to have PSV license . However, for new applicants without PSV license, our admin will send guidelines on how to obtain PSV license in the shortest possible time. All new applicants are entitled to claim up to  RM400  from Grab. Which means Grab will reimburse all your regulation costs such as PSV license, JPJ

Cara Pengunaan Grab Driver App(CARA KLIA QUEUE DAN SET MY DESTINATION BALIK RUMAH)

CARA PENGUNAAN GRAB DRIVER APP - MALAYSIA

1) GrabTaxi New Driver Training Video



2) Grab Driver Training - MY(Mandarin Subtitle)



3) GrabShare Driver Training Video



4) Grab's Hourly Guarantee In-App Incentives Guide Eng




5) KLIA Queue Allocation Feature

Ciri KLIA Queue Allocation

Untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar, telus, dan selamat kepada rakan-pemandu yang menunggu tempahan di KLIA, kami akan memperkenalkan ciri baharu kami iaitu KLIA Queue Allocation.
Ciri ini hanya akan diaktifkan jika anda menunggu tempahan di lokasi yang ditentukan sahaja yang dipanggil ‘KLIA Landside Operations’ atau ‘Charter Field Town’. Ciri baru ini selaras dengan syarat peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dimana semua kenderaan, termasuk kereta servis e-hailing tidak boleh menunggu di tepi jalan raya sekitar lapangan terbang.
Ciri baharu ini akan mula digunakan pada 14 November 2017.
// Peringatan semasa menunggu untuk tempahan anda:
  • Sila pastikan anda bersedia untuk terima tempahan apabila angka giliran anda: GrabCar: 100 dan ke bawah; Selain GrabCar: 20 dan ke bawah
  • Selepas anda telah menerima tempahan, sila gerak menuju ke penumpang.
  • Jangan menghalang aliran lalu lintas. Contoh: Tolong jangan “double-park”
  • Pastikan alam sekitar bersih. Jangan membuang sampah merata-rata.
  • Sila bersedia untuk menerima tempahan apabila number giliran anda adalah kurang daripada nombor giliran 200. Untuk mengelakkan pembatalan penumpang, sila tiba dengan segera di tempat pick-up.
  • Peringatan khas untuk KLIA Landside Operations:
  • Sila parkir di zon Grab yang ditetapkan sahaja.
  • Jangan parkir di zon ALM yang ditetapkan.
Gambar 1: Zon Grab yang ditetapkan di Landside Operations
 // Untuk meningkatkan pengalaman anda semasa menunggu:
  • Hidupkan Wi-Fi pada telefon anda untuk meningkatkan ketepatan lokasi.
  • Kami mengesyorkan anda untuk memilih dan mengaktifkan hanya 1 jenis perkhidmatan pada aplikasi pemandu anda untuk mengelakkan kehilangan kedudukan giliran anda tanpa diduga.
  • Semak untuk memastikan aplikasi anda tidak terkunci atau dalam mod standby.
 Apabila anda telah menerima tempahan, sila gunakan GrabChat untuk memaklumkan kepada penumpang Expected Time of Arrival (ETA) anda.
// Pembatalan daripada pihak penumpang di KLIA
  1. Pastikan anda terima tempahan apabila anda telah sedia untuk melengkapinya.
  2. Anda dilarang meminta penumpang membatalkan tempahan TANPA SEBAB YANG MUNASABAH. Jika anda didapati melakukan perkara tersebut, tindakan sewajarnya akan dikenakan.
  3. Untuk mengelakkan penumpang membatalkan tempahan anda. Pastikan anda sentiasa balas panggilan/mesej Grabchat dan juga memberitahu mereka lokasi anda.
  4. Jangan biarkan penumpang menunggu terlalu lama. Masa untuk sampai ke KLIA1 atau KLIA2 tidak sepatutnya melebihi 20 minit.
// Baki minima credit walletSila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam Credit Wallet anda untuk menerima tempahan KLIA. Jumlah minima yang diperlukan berbeza mengikut kadar komisen anda.
Contoh 1: Jika anda membayar komisen 20%, anda perlukan baki minima sebanyak RM100 X 20% = RM20 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM100 dan ke bawah.
Contoh 2: Jika anda membayar komisen 25%, anda perlukan baki minima sebanyak RM65 X 25% = RM16.25 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM65 dan ke bawah.

Dimanakah terletaknya kawasan ‘KLIA Landside Operations’?
Sila rujuk peta di bawah. Rakan-pemandu hanya boleh mendapatkan tempahan apabila mereka berada di kawasan ini.
Gambar 2: Kawasan-kawasan operasi KLIA Queue
Tidak pasti bagaimana untuk ke sana? Cari ‘Landside Operations’ di Waze.
Gambar 3: Lokasi Landside Operations di dalam aplikasi Waze
Gambar 4: Lokasi Charter Field Town di dalam aplikasi Waze
Bagaimanakah ciri ini berfungsi? 
Siapa cepat, dia dapat! Ini bermakna pemandu yang paling awal sampai di Landside Operations akan diberikan tempahan terlebih dahulu. Pemandu yang tiba kemudian di kawasan ini akan diletakkan di dalam sistem giliran dan hanya akan menerima tempahan apabila giliran mereka sampai.
Anda akan menerima tempahan seterusnya apabila anda pertama didalam giliran
Adakah ciri ini diguna pakai untuk semua jenis servis?
Tidak, ciri ini hanya tertakluk kepada Grabcar, Grabcar Premium dan Grabcar 6-seater. Sila pilih salah SATU jenis servis sahaja.
Bagaimanakah rakan-pemandu dimaklumkan tentang kedudukan giliran mereka?
Apabila anda berada di Landside Operations, anda akan menerima SMS memberitahu anda kedudukan giliran anda jika andaonline. Setelah pemberitahuan yang pertama telah dikeluarkan, anda akan dimaklumkan setiap kali kedudukan anda berubah sehinggalah anda mendapat tempahan. Rujuk perkara di bawah:
 
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4

Apa akan berlaku jika saya tidak mendapat nombor giliran?
  • Pastikan anda berada di tempat yang betul.
  • Bergantung kepada rangkaian telefon, anda mungkin akan mengalami kelewatan dalam menerima notifikasi. Kami menasihati anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menelefon bahagian Customer Support kami.
Adakah sistem giliran di Landside Operations dan Charter Field Town dipisahkan?
Tidak. Sistem giliran digabungkan.
  • Cth. jika 10 pemandu dengan GC beralih ke Operasi Landside, mereka akan berada dalam giliran untuk GC: 1-10. Jika pemandu lain  memasuki Charter Field Town kemudian dengan GC dihidupkan, dia akan berada dalam giliran yang sama untuk GC, dengan nombor kedudukan yang lain 11-20.
Jika saya berada di Operasi Landside, bolehkah saya berpindah ke Charter Field Town tanpa kehilangan nombor saya?
  • Boleh, dengan syarat anda berpindah ke Charter Field Town DALAM masa 5 minit.
  • Kami tidak menasihatkan anda untuk berpindah dari Charter Field Town ke Landside Operations kerana masa yang diambil untuk melakukannya boleh melebihi 5 minit.
Bolehkah giliran saya diturunkan/ditolak ke bawah?
Ya. Giliran anda boleh diturunkan untuk semua jenis servis apabila:
  1. Anda membatalkan tempahan
  2. Jika anda mengabaikan lebih daripada DUA tempahan bagi semua jenis servis. (Jika anda mengabaikan SATU tempahan, anda perlu membuka kunci skrin anda dalam masa 5 minit. Jika tidak, giliran anda akan ditolak ke bawah.)
  3. Jika anda offline ataupun memutuskan sambungan ‘availability for job’ lebih daripada 5 minit.
  4. Jika anda meninggalkan kawasan Landside Operations tanpa sebuah tempahan untuk lebih daripada 5 minit.
Apakah yang akan terjadi kepada giliran saya jika penumpang yang membatalkan tempahan?
  1. Jika anda telah meninggalkan kawasan Landside Operations atau Charter Field Town untuk mengambil penumpang dan penumpang tersebut membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda bagi jenis servis yang dibatalkan akan tetapkekal di atas jika anda kembali ke kawasan- kawasan tersebut dalam masa 25 minit.
  2. Namun itu, nombor giliran anda bagi jenis servis yang lain akan ditolak ke bawah. Oleh itu, kami sangat mengalakkan anda untuk hanya memilih satu jenis servis sahaja.
* Terdapat juga kes di mana anda mungkin akan menerima tempahan dalam masa seminit setelah anda menutup penerimaan tempahan dalam disebabkan gangguan sistem (lag).
Apakah yang akan berlaku jika saya memilih beberapa jenis servis dalam satu masa?
Jika anda memilih beberapa jenis servis dalam satu masa (GrabCar, GrabCar Premium, GrabCar 6-seater), anda akan diletakkan di dalam beberapa giliran. Anda akan diberitahu apabila nombor giliran anda berubah untuk salah satu jenis servis ataupun kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:
  • Nombor giliran anda akan diturunkan apabila anda mengabaikan tempahan untuk dua kali tanpa mengira jenis servis yang telah diaktifkan.
  • Apabila anda membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda akan diturunkan bagi semua jenis servis yang anda aktifkan.
  • Jika penumpang membatalkan tempahan anda, kedudukan giliran anda akan dikekalkan di atas untuk tempahan jenis servis anda yang dibatalkan. Tetapi untuk jenis servis yang lain, kedudukan giliran anda akan di tolak ke bawah kedudukan giliran jenis servis tersebut.

6) New App Feature: My Destination

MEMPERKENALKAN CIRI ‘MY DESTINATION

MEMPERKENALKAN CIRI ‘MY DESTINATION’

Kami di Grab menghargai maklum balas anda. Oleh sebab itu, untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih baik, kami telah membina satu ciri baru untuk memenuhi keperluan anda.
Sebagai sebahagian daripada projek Better365, kami ingin memperkenalkan ciri baru kami iaitu My Destination – sebuah ciri di dalam aplikasi pemandu Grab yang memadankan anda dengan penumpang yang menempah ke arah yang sama apabila anda berada dalam perjalanan ke destinasi pilihan anda.
Pengemaskinian: Mulai 9 Mac 2018 (Jumaat), anda tidak akan dapat memilih lokasi-lokasi berikut dengan ciri My Destination: 
  • KLIA/KLIA2
  • KLIA Landside Operations
  • Mitsui Premium Outlet, Sepang
Selain itu, anda tidak akan lagi menerima tempahan KLIA sementara menggunakan ciri ini. 

Bagaimana ciri ini membantu anda?

  • Memaksimakan pendapatan anda sambil berada dekat dengan tempat dan orang tersayang
  • Tidak bimbang memandu pulang dengan kereta yang kosong (tiada penumpang)
  • Tidak terlepas temu janji, makan malam bersama keluarga dan banyak lagi!

Bagaimanakah ciri ini fungsi?

Sila pastikan anda mempunyai versi aplikasi pemandu Grab yang terkini.
Langkah 1: Tekan ‘My Destination’ di menu tepi di dalam aplikasi pemandu Grab anda
Langkah 2: Masukkan dan pilih destinasi anda
Langkah 3: Mula memandu sambil aplikasi pemandu mencari tempahan yang berada dalam perjalanna anda
Langkah 4: Jika anda mendapat tempahan, terima dan lengkapkan tempahan tersebut!

Perkara untuk diingati

  1. Apabila anda menukar kepada mod My Destination, anda mungkin perlu mengambil masa untuk menerima tempahan My Destination
  2. Tempahan yang bukan dalam perjalanan anda tidak akan ditunjuk
  3. Tempahan GrabShare, back-to-back, tempahan awal (advanced booking) dan multi-stop tidak akan ditunjuk
  4. Anda mempunyai 2 X My Destination dalam satu hari:
  • Setiap penggunaan dikira apabila anda berjaya melengkapkan sekurang kurangnya satu trip apabila anda berada di dalam mod My Destiantion.
  • Jika anda melengkapkan beberapa tempahan dalam perjalanan ke destinasi, ia masih dikira sebagai satupenggunaan My Destination
  • Jika anda tidak melengkapkan trip dalam perjalanan ke destinasi anda, ia tidak akan dikira sebagai penggunaan My Destination
*NOTA PENTING: Semua trip My Destination tidak menyumbang atau melayakkan anda untuk menerima insentif atau dikira dalam masa ‘online’.

Soalan-soalan Lazim

Q: Saya baru saja menekan mod My Destinasi. Mengapa ia mengambil masa yang lama untuk menerima tempahan?
Anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapat tempahan kerana anda akan mendapat tempahan yang berada di arah perjalanan destinasi anda. Selain itu, tempahan yang tidak berada di arah perjalanan anda tidak akan ditunjuk. Semua GrabShare, back-to-back, tempahan awal (advanced booking), dan tempahan multi-stop juga tidak akan ditunjuk.
Q: Adakah tambang tempahan My Destination sama dengan tempahan yang lain?
Ya. Harga tempahan My Destination adalah sama dengan tempahan biasa. Mana-mana harga permintaan tinggi/lonjakan harga juga akan dikira masuk seperti tempahan biasa.
Q: Adakah tempahan My Destination menambah, atau melayakkan saya untuk insentif?
Tidak, tempahan My Destination tidak melayakkan anda untuk insentif (contoh: tempahan My Destination tidak melayakkan andaa untuk insentif yang mengira bilangan trip, hourly guarantee,
Q: Adakah mengabaikan atau membatalkan tempahan My Destination akan mempengaruhi AR dan CR?
Ya, mengabaikan atau membatalkan tempahan My Destination akan mempengaruhi AR dan CR seperti tempahan biasa.
Q: Berapa kerap saya boleh menggunakan My Destination?
Anda mempunyai dua penggunaan My Destination setiap hari. Setiap penggunaan akan dikira apabila anda berjaya melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan dalam mod My Destination. Jika anda melengkapkan beberapa tempahan dalam perjalanan ke destinasi, ia masih dikira sebagi satu penggunaan My Destination.
Q: Saya menekan mod My Destination tetapi tidak menerima sebarang tempahan. Adakah ini dikira sebagai penggunaan satu kuota My Destination?
Tidak. Jika anda tidak melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan semasa dalam mod My Destination, penggunaan My Destination anda tidak akan ditolak.
Q: Saya menekan mod My Destination dan menerima satu tempahan. Walau bagaimanpun, penumpang membatalkan tempahan tersebut. Adakah ini dikira sebagai penggunaan My Destination?
Tidak. Jika anda tidak melengkapkan sekurang kurangnya satu temapahan semasa dalam perjalanan ke destinasi, ia tidak akan dikira sebagai satu penggunaan My Destination.
Q: Saya menekan mod My Destination dan meletak lokasi yang salah secara tidak sengaja. Bagaimanakah cara untuk menukarnya?
Anda boleh memasukkan destinasi baru. Tetapi, sila ambil maklum jika anda telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan My Destiantion di lokasi sebelumnya, ia akan dikira sebagai satu penggunaan My Destination.
Q:Bilakah kiraan harian My Destination saya akan diset semula?
Kiraan harian My Destination anda akan diset semula tengah malam setiap hari (jam 00:00)
Q: Saya menekan mod My Destination pada 11:30pm (3 Oktober), melengkapkan dua tempahan, dan menutup mod tersebut pada 12:30am (4 Oktober). Hari apakah yang akan dikira?
Bergantung kepada bila anda mendapat dan menerima tempahan anda. Jika anda mendapat dan menerima tempahan anda sebelum tengah malam, tempahan itu akan dimasukkan di dalam kiraan pada 3 Oktober. Jika anda mendapat dan menerima tempahan selepas tengah malam, tempahan akan masukkan dalam kiraan pada 4 Oktober.

7) Auto Accept: Pemanduan yang lebih mudah dengan Grab!


[PENGEMASKINIAN]: Ciri Auto Accept akan dimatikan secara automatik apabila anda memasuki kawasan-kawasan seperti KLIA / KLIA2 dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang mempunyai ciri queue allocation.
Memperkenalkan Auto Accept, ciri baru untuk menerima tempahan secara automatik! Dengan ini, anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya di jalan raya tanpa bimbang terlepas tempahan lagi. Selain itu, kawalan sentiasa ada di dalam tangan anda kerana anda yang menentukan bila anda ingin memandu dengan Auto Accept – ciri ini boleh diaktifkan atau dimatikan pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Bagaimanakah Auto Accept boleh membantu anda

Pandu dengan lebih selamat
Anda tidak perlu bimbang mengendali beberapa tugas dalam satu masa lagi semasa memandu seperti menerima tempahan dalam masa 15 saat. Ini bermakna anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dan memberikan pemanduan yang lebih selamat apabila di jalan raya!
Tiada lagi tempahan yang terlepas 
Terlepas tempahan kerana anda keluar dari kereta untuk membantu penumpang? Auto Accept akan memastikan anda tidak terlepas tempahan seperti ini lagi. Kini, lebih mudah bagi ada untuk mengekalkan AR yang tinggi! Jika anda menerima lebih banyak tempahan, anda boleh mengutip lebih banyak tambang dan meningkatkan pendapatan anda.
Kawal pemanduan anda
Lebih gemar memandu tanpa Auto Accept? Aktifkan Auto Accept hanya bila anda inginkan. Anda mempunyai kawalan sepenuhnya bagi pemanduan anda!

Soalan Lazim

Bolehkah saya memilih bila saya ingin memandu dengan Auto Accept?
Ya! Anda sentiasa mempunyai kawalan dengan Auto Accept. Anda boleh membuat keputusan untuk mengaktifkan ciri ini bila anda ingin menggunakannya. Apabila Auto Accept diaktifkan, semua tempahan yang masuk akan diterima secara automatik bagi pihak anda.
Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan atau mematikan ciri Auto Accept?
Untuk rakan-pemandu yang menggunakan peranti Android, butang ciri ini boleh didapati di dalam Settings. Untuk rakan-pemandu yang menggunakan peranti iOS, butang ini boleh diakses di laman Profil Pemandu (Driver Profile). Jika anda ingin mematikan ciri ini dengan segera, sila padamkan butang ‘unavailable for jobs’ dan anda tidak akan menerima sebarang tempahan lagi sehinggalah anda mengaktifkan butang availability semula. 
Bagaimanakah saya tahu jika Auto Accept sudah diaktifkan?
Jika Auto Accept telah diaktifkan, ikon kilat (lightning) sebelah butang availability akan bertukar menjadi warna hijau. Sila ambil perhatian bahawa menekan ikon kilat ini tidak akan mengaktifkan/mematikan ciri Auto Accept.
Apa jenis tempahan yang boleh diterima dengan ciri Auto Accept?
Ciri Auto Accept akan menerima semua tempahan yang anda layak terima. Contoh: sekiranya anda mendapat tempahan GrabShare, tempahan yang dipadankan (matched) seterusnya akan diterima secara automatik – anda hanya perlu mengikut susunan pick up dengan sewajarnya.
Adakah Auto Accept akan mempengaruhi/menjejaskan insentif?
Semua tempahan yang diterima oleh ciri Auto Accept akan dikira ke dalam insentif anda. Kesemua syarat-syarat untuk insentif harian atau mingguan anda masih akan kekal.
Jika saya telah mengaktifkan ciri Auto Accept, adakah saya tidak akan layak untuk menerima apa-apa bonus? (Tertakluk kepada rakan-pemandu GrabCar sahaja.)
Tidak. Anda masih layak untuk menerima bonus walaupun setelah ciri Auto Accept diaktifkan. Sila rujuk Job History atau Partner Statement untuk melihat jika anda telah menerima sebarang bonus.
Apakah yang akan berlaku jika penumpang membuat tempahan bagi jenis teksi yang salah?
Jika penumpang telah menempah jenis teksi yang salah, sila minta penumpang untuk batalkan dengan sopan dan buat tempahan lain dengan jenis teksi yang betul.
Boleh saya buat tempahan back-to-back semasa ciri Auto Accept diaktifkan?
Ya. Anda boleh menerima tempahan back-to-back semasa ciri Auto Accept diaktifkan. Tempahan back-to-back akan diterima secara automatik bagi pihak anda dan akan diambil kira untuk jumlah trip anda.
Apakah yang akan berlaku jika tempahan diterima secara automatik semasa saya sedang berehat?
Sebagai rakan-pemandu, kami menggalakkan anda untuk menghormati tempahan yang sudah diterima. Jika anda tidak dapat melakukan tempahan tersebut, sila hubungi penumpang untuk membuat pembatalan. Anda diingatkan untuk mematikan butang availability jika anda ingin berehat.
Saya sudah menerima pengaktifan ciri Auto Accept tetapi tempahan telah dibatalkan oleh operator. Mengapakah perkara ini berlaku?
Hal ini mungkin berlaku kerana anda berada di kawasan yang tidak mempunyai isyarat telefon yang stabil, di mana aplikasi pemandu anda tidak dapat mengesan anda telah menerima pengaktifan ciri Auto Accept.




Kamu ada kawan nak daftar Grab Driver?

Daftar dengan link di bawah:

Borang Daftar Grab Driver IOS/Android user:

Untuk Aplikasi KL Selangor Grab Driver Registration App:
Download app dgn link ini:


Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk pendaftaran Grab Driver, click link di bawah untuk menghubungi admin whatsapp.grabdrivermy.com
+60168000804 (BM, English)

+60163168357 (BM, English, Mandarin)
-TAMAT-

source
https://www.grab.com/my/blog/driver/car/auto-accept-pemanduan-yang-lebih-mudah-dengan-grab/

https://www.grab.com/my/blog/driver/ciri-klia-queue-allocation/

https://www.grab.com/my/blog/driver/mydestination-bm/

Comments